CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2293|Reply: 0

[Perlis] 'Abang saya terkorban di Gaza, nasib keluarga lain saya tak tahu'

[Copy link]
Post time 17-10-2023 06:42 PM | Show all posts |Read mode
'Abang saya terkorban di Gaza, nasib keluarga lain saya tak tahu'


Aizat Sharif
am@hmetro.com.my



ZALIMAN pada Pelancaran Tabung Bantuan Palestin dan Penyerahan Sumbangan Kepada penuntut Palestin di UniMAP, di Pauh Putra, Arau. FOTO Aizat Sharif




Arau: Tatkala mendengar khabar abangnya gugur syahid selepas kediaman mereka di Gaza, Palestin dibedil bom rejim Zionis Israel, jiwa warga Palestin, Mohammed Ihab Sadi Kuhail bagaikan direntap sehingga dia 'patah semangat' untuk meneruskan pengajiannya di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Penuntut tahun tiga Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik Bio Perubatan berusia 22 tahun itu pada satu tahap mahu pulang ke Gaza bertemu keluarganya ketika situasi konflik bersenjata Israel-Palestin sedang meruncing pada waktu ini.

"Sejujurnya, saya seperti sudah 'patah semangat' untuk teruskan pengajian, setiap hari saya memikirkan keselamatan keluarga ditambah pula abang saya pula maut terkena bom.

"Pada satu tahap pernah terfikir apalah gunanya saya berjuang belajar di sini sedangkan keselamatan keluarga saya di sana tidak dapat diketahui sehingga kini.

"Namun, rakan sekuliah dan pengurusan universiti tetap memberi motivasi kepada saya supaya meneruskan pengajian... apa pun saya bersyukur abang gugur sebagai syahid di Palestin," katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui pemberita Majlis Pelancaran Tabung Bantuan Palestin dan Penyerahan Sumbangan Kepada Penuntut Palestin di UniMAP, di Pauh Putra, di sini hari ini.

Katanya, dia mendapat perkhabaran bahawa keluarganya berjaya menyelamatkan diri daripada diserang tentera Zionis Israel itu bagaimanapun seperti ribuan rakyat Palestin di Gaza yang lain, mereka semua kehilangan tempat tinggal dan terpaksa hidup seperti pelarian.

"Pada hari pertama serangan (7 Oktober), saya dimaklumkan menerusi WhatsApp ahli keluarga lain selamat kecuali abang keempat yang terkorban.

"Saya diberitahu abang pulang semula ke kediaman selepas serangan pertama untuk meninjau keadaan rumah kami yang terletak di kawasan Tel al-Hawa, Gaza dan ketika itulah bom yang dilancarkan Zionis Israel itu meletup dan memusnahkan kediaman kami.

"Saya terkejut dan hilang punca, saya tidak hendak berbuat apa-apa kerana sangat sedih namun atas sokongan rakan lain yang meminta saya bersabar dengan apa yang terjadi, maka saya mahu bangkit semula," katanya.

Anak kelima daripada sembilan adik beradik itu berkata, pada hari ketiga serangan pula, segala komunikasi dengan keluarganya terputus kerana tiada lagi jaringan komunikasi termasuk Internet di Gaza selepas teruk dimusnahkan tentera Israel.

"Saya tidak tahu apa nasib keluarga ketika ini dan saya mengharapkan mereka baik-baik sahaja serta berada di tempat selamat.

"Walaupun tiada satu tempat di Gaza yang boleh dikatakan selamat tetapi saya tetap optimis dan berharap mereka masih selamat," katanya.

Mohammed Ihab melahirkan kesyukuran dengan sokongan, dorongan dan motivasi yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia yang menyokong Palestin tanpa berbelah bahagi sebagai solidariti terhadap perjuangan warga Palestin ketika ini.

Sementara itu, Naib Canselor UniMAP, Datuk Dr Zaliman Sauli dalam ucapannya berkata, objektif utama pelancaran tabung ini adalah untuk mengumpul dana bagi membantu rakyat Palestin yang memerlukan.

"Dana ini boleh digunakan untuk bantuan kemanusiaan, pendidikan, perubatan, dan pembangunan komuniti di Palestin," katanya.



Disiarkan pada: Oktober 17, 2023 @ 6:27pm









[size=0.95]






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:52 PM GMT+8 , Processed in 0.063857 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list