CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5288|Reply: 56

Aishah Salahkan Monitor Telinga, Punca Nyanyian Hauk

[Copy link]
Post time 17-10-2023 02:48 PM | Show all posts |Read mode
Datuk Aishah tidak dapat menyanyi dengan baik sewaktu program All Stars Gegar Vaganza (GV10) sebab tak biasa menggunakan alat monitor telinga atau ‘In-ear monitors’


Katanya ebagai penyanyi yang sudah 38 tahun dalam industri, dia lebih selesa menggunakan alat pemantau vokal (vocal monitors) yang digelar wedges, berbanding IEM.


Foto: IG




“Sebagai penyanyi lama, ada beberapa isu teknikal yang saya hadapi. Selama 38 tahun, saya menyanyi dengan bantuan vocal monitors (wedges). Alat bantuan ini akan menghadap penyanyi supaya saya boleh dengar suara dan muzik.


“Tapi sekarang dah tak pakai ‘wedges’, digantikan dengan IEM yang disumbat dalam telinga,” katanya di IG.


Kata penyanyi berusia 58 tahun itu lagi, sebagai penyanyi lama, dia tidak dapat menyesuaikan diri dengan penggunaan IEM sehingga menjejaskan mutu nyanyiannya.




  



“Generasi muda sudah biasa menyanyi dengan menggunakan IEM. Namun, bagi saya generasi lama agak sukar untuk menggunakannya.


“Sewaktu bertanding dalam Gegar Vaganza musim keempat (GV4), peralatan wedges masih digunakan (ketika itu di PICC Putrajaya). Tapi di MBSA (GV10), tiada langsung wedges dan perlu menggunakan IEM sepenuhnya.


“Saya cuba seimbangkan bunyi dalam IEM dengan memakai sebelah ketat dan ada masa dipakai longgar. Sewaktu konsert minggu pertama, saya pakai IEM sepenuhnya dan semua orang tahu saya menyanyi dengan teruk."


Tiada niat mempertikaikan perkembangan teknologi hari ini, Aishah berkata dia hanya mahu menjelaskan masalah yang dihadapi bagi membetulkan salah faham orang ramai terhadap persembahannya sepanjang bertanding dalam GV10.


  



Tambahnya dia akan tetap bersuara bagi memperbetulkan keadaan dan berjanji untuk ‘berehat’ selepas semuanya diperjelaskan.


“Saya hargai permintaan mereka yang prihatin dengan menasihati saya supaya berdiam. Tapi tolonglah faham, kalau ada perkara yang tidak betul, saya akan jawab.


“Okay saya berjanji, selepas ini saya akan berehat (diam),” katanya.


Dalam ruangan komen, ramai pengikut setia Aishah meninggalkan kata-kata semangat dan menyatakan hasrat untuk terus menyokong karier penyanyi itu.




  



“Apa pun yang terjadi, nama Aishah tetap terpahat sebagai salah seorang penyanyi wanita hebat yang ada di Malaysia,” ujar peminatnya.


“Kakak seorang yang jujur. Kami kenal kakak dan akan sentiasa menyokong karier nyanyian kakak,” kata seorang lagi peminat.


“Kami menanti konsert kak Aishah. Jangan fikir lagi perkara yang sudah lepas,” kata seorang pengguna Instagram.


Terdahulu, Aishah menuai perhatian ramai gara-gara dikatakan terlalu lantang bersuara dalam media sosial.


  



Kata Aishah, dia menganggap kelantangannya itu sebagai satu prinsip hidup untuk menyuarakan sesuatu jika ada yang tidak kena di matanya.


Aishah yang meninggalkan pentas GV10 pada konsert keempat minggu lalu,  sekali lagi mencuri perhatian apabila dalam ucapannya ada menyebut netizen pasti gembira kerana doa mereka untuk melihatnya tersingkir dimakbulkan. –  CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2023 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Takyah la nak explain ke apa
Sesiapa pun la, kalau dah kalah & lepas tu cuba bagi alasan itu ini,
Orang akan pandang you as sore loser
Diam je
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 03:15 PM | Show all posts
Edited by maharani_gebu at 17-10-2023 03:16 PM

ko ade 5 hari kak ecah tuk gtau Tok Ram yang ko tak selesa dgn teknologi baru... Jgn nak buat alasan lar.. Lgpun ni bukan minggu pertama.. Dah minggu ke 4 pun.. Last week elok aje perform. Bukan masalah teknikal sangat pun.. tapi sore ko mmg tak sedap lepas potong usus ni....
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Nenek hauk, suara sumbang tp nak salahkan earmonitor, salahkan vince. Padahal check diri sendiri. Angkuhh..mmg kena cancel dgn netijen kalau teru menerus merempen. Geng putus usus mmg cenggini ka?
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 03:26 PM | Show all posts
halah3 chipmunk kecut ni selayaknya la dilahar diva AA
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
aritu dgr mmg xok..rasanya xda kaitan ngn teknikal[em:12:]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-10-2023 03:34 PM | Show all posts
Dah kalah tu duduk diam2 jer nenek ecah!!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
So bukan ada yg cuba menzalimi diri ko ler kheunz?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2023 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Nek chah ni macam si ngai la. Semua orang, benda, situasi salah kecuali diri sendiri

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebelum ni meols tengok dia ni wangi..taraf legend da..tak yah masuk gv all star pun xpe..mcm jaclyn victor pun xyah msuk..sbb dia punya vocal mmg strong habis..da taraf superstar..menang itu ini..masuk kan jac dalam GV buat peserta lain yg bukan level dia susah nak menang n cari makan... eh terlari topic lak..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 04:03 PM | Show all posts
dak la nekcha, dah keluar dah pun... move on je laa
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
maharani_gebu replied at 17-10-2023 03:15 PM
ko ade 5 hari kak ecah tuk gtau Tok Ram yang ko tak selesa dgn teknologi baru... Jgn nak buat alasan ...

true.. aku pun perasan yg suara dia tak sedap mcm dulu2.. even masa bercakap pun dah rupa suara tweety bird.. terkepit2 plus sengau mengau.. ada possibility sbb potong usu..
cuma adele jer sore makin mengancam tak kira bdn besar ndn kecik..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Yelah nek. Perempuan mana pernah salah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 04:21 PM | Show all posts
meols yang tak pro ni 2-3 hari je nak biasakan dengan IEM ni...itupun tahu last mnt nak perform kena pakai IEM ni... belajar lah..  takkan la nek ecah chipmunk takleh biasa2 kan lagi... lagilah professional kan, senang dengar tempo, beat, suara sendiri, instrument, boleh je request nak buang apa, buang beat ke buang tempo ke, slowkan muzik ke, reverb suara boleh adjust....sampai lah kau selesa nak nyanyi, siap boleh request off lagi kalau dah habis perform nak berbual ngan juri & emcee... lepas tu masa nyanyi pun boleh je cabut kalau dah dapat masyukkk ngan band.. dalam tudung lagi senang orang tak nampak, tak bergayut kat bahu earphone tu.. apa yang susahnya... majoriti artis lain pun dah 40an dah...lebih kurang sebaya je..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 04:27 PM | Show all posts
nena9042 replied at 17-10-2023 02:53 PM
Takyah la nak explain ke apa
Sesiapa pun la, kalau dah kalah & lepas tu cuba bagi alasan itu ini,
Or ...

Agreed!
Aku suka je dia ni dulu. Lagu2 dia sedap. Suara pun sedap walaupun aku frust sikit dengar dia nyanyi malam tu. Tapi bila asyik komen itu ini salahkan itu ini sejak tersingkir aku rasa macam menyampah pulak. Adat bertandingla ada yang menang ada yang kalah. Haihhhh!
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Sayangggggggggg AISHAH
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2023 04:56 PM | Show all posts
x relax btol acik kecut nih... dh kaah tu kalah jela..
xpyah nk berpanjang jela ko nk explain itu ini..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Bola belajar dgn tok ti mcm mana nk handle situasi mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 05:03 PM | Show all posts
tiberrr salahkan plak in ear monitor
padahal dah 4 minggu dah, boleh je mintak tolong production ke apa
minggu ke3 yg lagu cumi2 tu ok je
tapi masalah ear monitor ni teringatkan iols pada nomad masa gv7
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 05:07 PM | Show all posts
sian Aishah. lantang sangat.
ada benda perlu lantang, ada benda perlu buat rilek rilek
kalau semua benda nk disuarakan terus nampak busuk di mata netizen
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 110133 Replies : 7024
‘Taubat Tak Nak Datang Malaysia Lagi’ – Pelancong China Kecewa Tiada Papan Tanda Bahasa Mandarin
Abahmung‘Taubat Tak Nak Datang Malaysia Lagi’
Views : 7224 Replies : 26
Muzakarah teliti hukum solat pakai telekung biasa
ultra78Muzakarah teliti hukum solat pakai telek
Views : 33990 Replies : 70
Tips nak jadi jutawan dalam masa satu tahun. Semoga bermanfaat
YgBenarTips nak jadi jutawan dalam masa satu ta
Views : 33439 Replies : 18
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 94172 Replies : 3669
...farewell 2023...MANTRA FOR 2024...
seribulan...farewell 2023...MANTRA FOR 2024...
Views : 14084 Replies : 31
Kereta tak bayar dah 8 bulan hendak ditarik.Pemilik mengamuk jahanamkan kereta
YgBenarKereta tak bayar dah 8 bulan hendak dita
Views : 28120 Replies : 71
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 73957 Replies : 692
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 72106 Replies : 767
Sila Pilih Jawapan.....
telracsSila Pilih Jawapan.....
Views : 7223 Replies : 23

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 10:32 PM GMT+8 , Processed in 0.065774 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list