CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1275|Reply: 2

Pernah Mengandung Luar Rahim, Puteri Sarah Hanya Ada Satu Tiub Fallopio

[Copy link]
Post time 16-10-2023 09:03 PM | Show all posts |Read mode
Puteri Sarah Liyana berkongsi pengalaman dia pernah disahkan mengalami kandungan luar rahim atau kehamilan ektopia.


Sarah memberitahu dia mengambil masa selama tiga tahun untuk pulih dan akhirnya dikurniakan anak pertama iaitu, Syaikhul Islam.


Foto: IG






“Siapa yang pernah kena ectopic pregnancy, jangan risau, jangan takut… it is not the end of the world. Sarah pun masa itu ingat dah gelap la masa depan Sarah.


“Tiga tahun Sarah tunggu untuk ectopic pregnancy itu heal, untuk Sarah dapat Syaikhul. Masa itu Sarah ingat Sarah memang tak boleh pregnant.


“Masa Sarah dapat tahu ectopic pregnancy itu, Sarah memang menangis teruk,” katanya di Live TikTok.




  



Sarah juga mendedahkan dia pernah berfikiran yang dirinya tidak boleh hamil lagi memandangkan satu tiub fallopio sudah dibuang disebabkan kandungan luar rahim.


“Sebab Sarah ingat Sarah dah tak boleh pregnant… sebab satu tiub Sarah dibuang maknanya sekarang ini Sarah ada satu tiub saja.


“Selepas tiga tahun, Sarah enjoy dulu… lepas Sarah dapat Syaikhul dan Sumayyah, Alhamdulillah. Walaupun dengan hanya satu tiub sahaja,” ujarnya lagi.


  



Untuk info, Sarah pernah berkahwin dengan pengarah dan pelakon terkenal Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.


Pada 14 Jun lalu, kemelut rumah tangga Sarah dan Syamsul akhirnya menemui tiktik noktah apabila disahkan bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur. -CARI


Sumber: Gempak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2023 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tak silap Amber Chia pun keadaan mcm ni juga. Asalnya dia sakit perut sampai pengsan. Gi hospital dia ada cyst ke fibroid pecah. Kena remove sebelah tiub fallopio. Tolong betulkan kalau iols tersilap fakta.

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas: Kalau tak silap Amber Chia pun ...


Susahnya jd pompuan.. aku tak suke laa bab beranak dan seangkatan dgnnya.. rasa ngilu ngeri.. aku yg beranak normal punn hahaha hadoii.. yg ade komplikasi ni cmn ekk .
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 02:10 AM GMT+8 , Processed in 0.050381 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list