CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 602|Reply: 3

Polis terima 30 laporan berkaitan pilihan raya kecil DUN Tenang

 Close [Copy link]
Post time 22-1-2011 09:21 PM | Show all posts |Read mode
2011/01/22LABIS: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 30 laporan berkaitan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Tenang sejak 1 Januari lalu.

Jurucakap PDRM bagi DUN Tenang, Supritendan Abdul Aziz Ahmad, berkata sebanyak 14 kertas siasatan dibuka manakala bakinya diklasifikasikan sebagai 'tidak ada tindakan lanjut' kerana kesalahan yang dilaporkan tidak tertakluk di bawah mana-mana akta.
"Laporan-laporan yang disiasat ini kebanyakkannya berkisar mengenai ceramah-ceramah dan kempen yang diadakan tanpa permit polis, dan kita juga sedang menyiasat sebuah laporan mengenai kes fitnah," katanya pada sidang akhbar di Markas Taktikal (Martek) PDRM di sini hari ini.
Mengenai jumlah permit yang dipohon untuk mengadakan ceramah, Abdul Aziz berkata setakat ini, pihaknya hanya menerima empat permohonan daripada parti PAS.

"Dijangkakan pada sebelah petang, kita akan menerima beberapa permohonan permit," katanya.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azahar Ibrahim, 39, menentang calon PAS Normala Sudirman, 38, dan hari pengundian ditetapkan pada 30 Januari ini. - BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2011 09:24 PM | Show all posts
tak sempat...
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2011 09:24 PM | Show all posts
yang satu lagi tu dah kena solex
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2011 09:25 PM | Show all posts
berapa byk thread pasal PRK Tenang nak bukak daaaaaa


kat sini pun, boleh sambung bincang berita ni http://mforum1.cari.com.my/viewthread.php?tid=524631&extra=page%3D2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.051506 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list