Pelakon, Noorkhiriah bersyukur dikurniakan seorang suami yang mampu membimbing dirinya untuk menjadi insan yang lebih baik.
Katanya, suami adalah sumber kekuatan dan semangatnya untuk berubah.
"Untuk berubah ke arah kebaikan, inilah penguat dan semangat saya. Berat tanggungjawabnya.
"Jarang membantah apa yang baik asalkan kerja rumah siap, pastu silakan kalau nak ke majlis ilmu. Saya perlukan majlis ilmu, kalau tak, tepu dik.
"Isteri cerminan suami... apakan daya isterinya masih huru-hara maka Allah hantarkan imam ini buat saya memperbetulkan jalan yang masih simpang-siur kadang jalan mati," tulisnya di IG.
Dalam pada itu, Khiriah turut berterima kasih kerana 'memikul' setiap langkahnya dan percaya akan menjadi lebih baik dengan bimbingan suaminya.
Untuk rekod, Khiriah dan suaminya, Azfaizul Ahtan mendirikan rumah tangga pada 2006 dan memiliki dua cahaya mata lelaki oaitu Muhammad Hudhaifah dan Muhammad Yusoff.
Sumber: Xtra
|