CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4950|Reply: 2

JANG GEUK SUK PRESS CONFERENCE IN SINGAPORE

[Copy link]
Post time 21-1-2011 08:50 PM | Show all posts |Read mode





23 April 2010 : Singapore - Activity Jang Geuk Suk Asia Tour bermula dengan wawancara bertempat di Starhub Green Plaza. Biarpun lewat hampir sejam namun para media tetap setia menanti dengan penuh sabar. Penantian yang berbaloi berakhir dengan ketibaan JGS yang kacak berpakaian sut hitam lengkap dengan rambut terikat rapi kebelakang. Boleh dikatakan disepanjang wawancara ini senyuman manis tidak pernah lekang dari bibir JGS. Sesi bergambar oleh media dilakukan sebelum sesi soal jawab dijalankan. DJ Ken dari Radio 100.3 telah diberi kepercayan sebagai host. Sepanjang wawancara, JGS berkomunikasi dalam bahasa English walau sesekali dia akan bertanya pada jurubahasanya sekiranya ada perkataan English yang beliau tidak pahami.

Suasana soal jawab itu memang terasa santai dan penuh ceria. JGS juga sekali sekala berjenaka sebelum menjawab beberapa soalan yg dilontarkan. Kebanyakan soalan adalah berkisar tentang drama hitnya iaitu You’re Beautiful.

Semasa wawancara , JGS mendedahkan yang dia sangat menyukai cuaca panas khatulistiwa, oleh itu beliau tidak melepaskan peluang mengunjungi kolam renang di hotel tempat beliau menginap pada tengahmalam sehingga lewat jam 3 pagi. Pada ketika itu jugalah beliau sempat menghasilkan sendiri beberapa idea untuk dipersembahkan pada malam fanmeeting bersama peminat, malah seorang wartawan sempat bergurau bertanya adakah peminat akan dapat melihat JGS berpakaian swimming suit pada video tu nanti? Sudah semestinya JGS dengan nada bergurau juga berkata ianya adalah rahsia.

Disebabkan ini adalah kali pertama JGS mengunjungi Singapura, Lee Hongki sempat memberi beberapa tips tempat yang mesti dikunjungi untuk membeli-belah serta kelab malam yang popular sekitar bandar. Suasana menjadi gamat seketika takala DJ Ken bergurau berkata JGS lebih suka memilih untuk berenang daripada mengikut tips yang diberikan oleh Lee Hongki.


Apabila di tanya apakah azam JGS pada masa akan datang. Beliau menyatakan akan terus berkerja keras untuk mencapai tahap yang beliau impikan selama ini iaitu menjadi No.1 Asia star seperti Rain, Takuya Kimura dan Jay Chou. JGS juga memberitahu disebabkan beliau mempunyai minat menyanyi, oleh itu beliau berhasrat untuk mengeluarkan album pada tahun hadapan kerana pada tahun ini beliau agak sibuk dan akan bakal terlibat dengan filem baru iaitu You’re My Pet.

file:///C:/Users/Sham/AppData/Local/Temp/moz-screenshot-2.png

Asian Celebirities berpeluang mengajukan bertanyakan antara drama Hong Gil Dong, Beethoven dan You’re Beautiful, yang manakah paling beliau sukai? Dan jawapan beliau adalah You’re Beautiful kerana drama inilah yang telah membuat beliau dikenali diseluruh Asia dan dimasa yg sama juga meletakkan beliau setaraf dengan pelakon-pelakon Asia masa kini. Tambahan beliau drama ini juga telah membawanya bertemu dengan peminat-peminat di seluruh Asia.

   
Soalan dari wartawan lain bertanyakan sekiranya beliau mempunyai teman wanita dari Singapura, adakah beliau akan mempelawa teman wanitanya datang ke Seoul? Sambil tersenyum nakal beliau berkata sudah semestinya dia akan menjemput dan membawanya bersiar-siar dan seterusnya berkenalan dengan ibunya juga akan memasak khas untuk teman wanita disebabkan memasak adalah hobinya.

Berkenaan dengan makanan, beliau diberitahu oleh pengurusnya bahawa makanan yang sangat terkenal di Singapore adalah king crab, tiger prawn dan chicken rice. Oleh itu beliau telah berjanji akan mencuba merasa setiap makanan tersebut sebelum beliau kembali ke Korea nanti.



Antara soalan-soalan lain yang diutarakan adalah berkenaan dengan berat badan JGS. Beliau memberitahu size pinggang beliau sekarang adalah 27 dan akan terpaksa mengurangkan lagi berat badan sebanyak 3 kg disebabkan oleh filem terbaru beliau iaitu “You’re My Pet” . Kesempatan ini juga diambil oleh para wartawan bertanyakan sekiranya beliau ditakdirkan menjelma menjadi haiwan, haiwan apakah yg beliau pilih? Beliau memilih arnab kerana dilahirkan pada tahun haiwan itu. Tambahan beliau lagi arnab hanya akan memakan rumput jadi  tidak perlulah beliau bersusah payah merisaukan tentang berat badannya. Jawapannya ini sekali lagi membuatkan suasana dipenuhi dengan gelak ketawa.



Dipenghujung sessi wawancara, sekali JGS mendedahkan bahawa beliau mempunyai phobia iaitu "klaustrofobia" dimana mempunyai perasaan takut yang kadang kala tidak dapat dikawal jika ditempatkan di tempat tertutup atau bilik yang kecil seperti bilik rakaman. Walaubagaimanapun beliau akan merasa amat selesa bila berada ditempat yang luas dan terbuka atau di dalam kabin kapal terbang kerana beliau jenis yang suka bergerak ke sana ke sini. Jadi cuba anda bayangkan sekiranya anda melihat JGS asyik mundar mandir didalam kabin kapal terbang. Apakah yang akan anda lakukan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-1-2011 08:52 PM | Show all posts
reserved for photo
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2013 10:08 AM | Show all posts
comel3x...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 06:24 PM GMT+8 , Processed in 0.290072 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list