CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2387|Reply: 0

[Perlis] Bekas tentera dituduh bunuh isteri

[Copy link]
Post time 11-10-2023 12:34 PM | Show all posts |Read mode
Bekas tentera dituduh bunuh isteri


Oleh Aizat Sharif - Oktober 11, 2023 @ 12:07pm bhnews@bh.com.my




Indera Zailan Mohamad Sani (berpelitup muka) dituduh membunuh isteri yang juga jururawat Hospital Tuanku Fauziah, Kangar. - Foto NSTP/Aizat Sharif




KANGAR: Bekas tentera didakwa di Mahkamah Majistret hari ini kerana membunuh isterinya yang juga jururawat Hospital Tuanku Fauziah, bulan lalu.

Tertuduh, Indera Zailan Mohamad, 38, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Nor Haliza Md Ali.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh berikutan kes di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Munirah Abu Bakar di sebuah rumah di Batu 3/4 Jalan Padang Nyu, Arau antara 10 malam hingga 6.55 pagi, 30 September lalu.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh digantung sampai mati atau penjara tidak lebih 40 tahun atau sebatan tidak kurang 12 sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Asyraf Md Kamal dan Mohd Izham Ali, manakala tertuduh diwakili peguam Hari Prassaad Rao.

Mahkamah menetapkan 17 November depan untuk sebutan semula kes.

Media sebelum ini melaporkan,seorang jururawat ditemui maut dengan kesan tikaman di dada kiri dipercayai ditikam dengan pisau di rumahnya.

Kejadian berlaku bermula dengan pergaduhan antara tertuduh dan mangsa di ruang tamu, ketika mangsa sedang bersiap untuk ke tempat kerja.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.052129 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list