CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6101|Reply: 28

Jiran Tahan Sabar 3 Tahun- Pagi Buta Suka Bertukang Buat Bising, Kawasan Rumah Penyanyi Penuh Tahi Kucing

[Copy link]
Post time 10-10-2023 05:28 PM | Show all posts |Read mode
Jiran-jiran bersuara, dah tiga tahun menahan sabar dengan sikap pengotor penyanyi lelaki popular era 1990-an yang turut mengganggu ketenteraman awam pada tengah malam hingga lewat pagi.


Sebelum ini pekerja swasta dikenali Liza Mohamad, 46, masih mencari jalan penyelesaian agar penyanyi bermasalah itu keluar daripada rumahnya yang disewakan sejak Oktober 2020 lalu.


Jiran yang hanya mahu dikenali sebagai Che Ma berkata, apa yang diceritakan oleh Liza itu semuanya betul dan kasihan juga pada dia sebab susah sangat nak dapatkan semula rumah miliknya sendiri untuk diduduki.


Gambar Hiasan




"enyanyi itu bukan saja tidak membayar sewa rumah dan bil elektrik, namun dia selama menetap di sini sejak tiga tahun lalu tidak menjalinkan hubungan baik dengan sesama jiran. Dia (penyanyi) selalu membuat ketenteraman penduduk terganggu.


"ada waktu tengah malam hingga jam 2 sampai 3 pagi, dia bertukang dalam rumah yang membuatkan suasana bising dan mengganggu kami yang nak tidur. Kawasan rumahnya juga kotor dicemari najis kucing, selain merosakkan barangan penduduk setempat.


"Sejak dia menetap di kawasan kediaman ini, penduduk berhadapan gangguan bunyi bising dan dia langsung tiada rasa hormat pada jiran. Saya sangat berharap ada pihak berkuasa yang dapat campur tangan membantu Liza dan kami (penduduk) menyelesaikan masalah ini," katanya kepada Harian Metro.


Che Ma berkata, selepas membaca berita mengenai Liza itu, dia berasa tidak boleh terus berdiam diri lagi kerana penyanyi terbabit memang tidak boleh dibawa berbincang dan ditegur sebab dia akan naik angin serta ajak bergaduh.


Bagi seorang lagi penduduk dikenali Rashid, dia mengharapkan persatuan artis yang ada banyak di negara ini sanggup turun padang membantu tuan rumah terbabit menyelesaikan permasalahan yang berlaku.


"Sudah tiga tahun kami (penduduk) diam kerana bersabar walaupun keadaan dihadapi sebagai penghuni berjiran dengan penyanyi itu sangat terganggu. Saya sendiri pun amat kasihan dengan Liza kerana susah betul dia nak dapatkan rumahnya daripada penyanyi berkenaan.


"Beberapa laporan polis juga sudah dibuat oleh Liza, namun semacam tidak dapat membantunya untuk memiliki semula rumah peninggalan Allahyarham suaminya daripada penyewa tidak bermoral sebegitu," katanya.


Rashid bagaimanapun memaklumkan, pihak polis juga dilihat datang ke rumah sewa terbabit semalam bagi memintanya keluar meninggalkan kediaman berkenaan, namun hingga kini masih tiada tindakan dilakukan oleh penyanyi itu.


"Saya minta sangat kerjasama daripada pihak-pihak berkuasa yang boleh menangani masalah ini membantu kami. Tolonglah bawa keluar penyanyi itu dari tempat kediaman kami agar dia boleh menyewa di tempat lain yang lebih rendah kadar sewa bulanan," katanya.


Terdahulu, Harian Metro melaporkan seorang wanita membuat laporan polis terhadap penyanyi lelaki popular era 90-an yang didakwa gagal menjelaskan tunggakan sewa rumah mencecah RM3,000 sejak Jun lalu.


Malah, notis mengosongkan rumah itu juga difahamkan sudah diberi dan diterima oleh isteri penyanyi terbabit, namun tidak diendahkan dan mereka kekal duduk di rumah itu.


Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah ketika dihubungi turut mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2023 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Ha tu la.
Elok dia dok dlm utan bwk blk idup bmasyarakat.
Ujung² semua pakat mgelumpur.
Haih
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2023 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Kann.. elok dah dia duk dlm utan . Si yebit pi amikk.. sedih la kesian.. ujung ujung mcm ni jd.. mana yebit..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2023 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Ke sebab dah biasa duduk dalam hutan? Tak sampai hati nak kata mcmni. Tapi dia tak pakai otak walau dah tua.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2023 11:31 PM | Show all posts
Buritan replied at 10-10-2023 07:18 PM
Kann.. elok dah dia duk dlm utan . Si yebit pi amikk.. sedih la kesian.. ujung ujung mcm ni jd.. man ...

sometimes... they deserve to be where they are kan sis...
tapi tu la... fardu kifayah sis...
hmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2023 01:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Ooo itu orang kaa.. bermasalah la kiranya.. bukan sebab masyarakat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-10-2023 01:22 AM From the mobile phone | Show all posts
kenapa wartawan xnak tulis nama penyanyi tu?

eh actually jiran dia ni tak reti report majlis ke pasal taik kucin tu? aku report anjing bising kat mbsa cepat je diaorg dtg check
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2023 01:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Jap...sape yg korg ckp ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2023 01:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti bekas penagih dadah.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2023 01:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Ooo yang dok utan tu rupanya.

Padan muka dok kesian sangat. See. Terbukti haprak.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2023 10:08 AM | Show all posts
sabar jer la.. moga dpermudahkn la urusan Cik Liza n jiran2 nie.. elok viral kn lg kes nie.. baru tindakan cpt akn berlaku..
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2023 10:14 AM | Show all posts
bintangct replied at 10-10-2023 05:22 PM
kenapa wartawan xnak tulis nama penyanyi tu?

eh actually jiran dia ni tak reti report majlis ke pas ...

OT jap.. klu hal pembakaran terbuka, report kat majlis perbandaran ke report polis? sakit btul hati aku jiran2 suka bakar sampah x kira masa. boleh kata dr pagi smp ke mlm baru asap je. sesak nafas
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2023 10:15 AM | Show all posts
dua_chzy replied at 10-10-2023 05:47 PM
Ooo yang dok utan tu rupanya.

Padan muka dok kesian sangat. See. Terbukti haprak.

agaknya.. sbb ni jgklah anak2 pun x ambik tau pasal dia.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2023 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
syukur anak2 dibesarkan dengan baik oleh ibu mereka
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2023 10:20 AM | Show all posts
Jiran2 tak nak viralkan gambar rumah tu ke. Nak tengok kotor & bersepah mcm mana. Adakah kotor sekotor muka retis itewww...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2023 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
TabletSusu replied at 11-10-2023 10:14 AM
OT jap.. klu hal pembakaran terbuka, report kat majlis perbandaran ke report polis? sakit btul hat ...

iols dh check spcial for u hahah
boleh buat aduan kat jab alam sekitar ye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2023 10:31 AM | Show all posts
Siapa dia ni?
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2023 10:32 AM | Show all posts
Oh To'ki ke?
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2023 10:36 AM | Show all posts
TabletSusu replied at 11-10-2023 02:14 AM
OT jap.. klu hal pembakaran terbuka, report kat majlis perbandaran ke report polis? sakit btul hat ...

Report sini je, majlis tempatan (Majlis Perbandaran) atau Jabatan Alam Sekitar melalui hotline.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2023 11:00 AM | Show all posts
bintangct replied at 11-10-2023 02:26 AM
iols dh check spcial for u hahah
boleh buat aduan kat jab alam sekitar ye

oh ok.. tqvm ye.. aku nak snap gambar2 pembakaran terbuka ni, sbg bukti
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 03:55 PM GMT+8 , Processed in 0.110819 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list