CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3908|Reply: 6

Tak Lupa Jasa, Hannah Delisha Tinggalkan Syarikat Pengurusan Bukan Sebab Perselisihan Faham

[Copy link]
Post time 10-10-2023 04:14 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon kelahiran Singapura, Hannah Delisha tampil menafikan dakwaan yang mengatakan dia meninggalkan syarikat pengurusan bersama beberapa rakan artis lain disebabkan 'perang besar' membabitkan soal bayaran.

Kata Hannah, keputusan untuk meninggalkan Prodigy Syndrome Management dibuat atas persetujuan bersama.






"Kami tidak pernah bersengketa, jauh sekali nak berbalah. Cerita yang sebenarnya adalah syarikat pengurusan berhasrat memberhentikan operasi.


"Jadi, saya dan rakan artis lain putuskan untuk mengumumkan berita ini dalam media sosial.


"Tujuan untuk memaklumkan kepada semua pihak yang ada kaitan dengan kerjaya seni kami.


"Kami sudah tidak bernaung di bawah syarikat pengurusan berkenaan. Ini juga untuk memudahkan tugas kedua-dua pihak dan kami juga tidak mahu terlepas peluang projek pada masa akan datang," katanya.


Hannah turut menjelaskan bahawa hubungannya dengan bekas pengurus masih baik dan kekal berhubung untuk bertanya khabar.


  




"Hubungan saya dan pengurus masih baik. Sesekali saya ada juga hubungi bertanya khabar.


"Cuma, ia tidaklah sekerap sebelum ini kerana saya sudah mempunyai pengurus baharu untuk menguruskan kerjaya seni.


"Jujurnya, saya kenang jasa syarikat pengurusan lama kerana saya bersama mereka sejak awal pembabitan dalam dunia seni hinggalah sekarang. Mereka banyak membantu menaikkan nama saya.


"Saya bukanlah jenis kacang lupakan kulit. Cuma, pengunduran ini dibuat atas persetujuan bersama.


"Mereka mahu bersara dan saya perlu cari payung baharu kerana saya masih mencari rezeki dalam bidang seni," katanya.


Hannah turut memperbetulkan tanggapan sesetengah pihak yang menyangka keputusannya menyertai syarikat pengurusan baharu kerana hasutan pihak-pihak tertentu.


"Saya pilih pengurus baharu kerana kami pernah bekerjasama sebelum ini. Lagipun, pengurus juga bekas kakitangan Prodigy Syndrome Management dan menjaga jabatan drama.


"Apa sahaja 'job' membabitkan lakonan, pengurus yang kendalikan dahulu. Jadi, saya selesa bekerja dengannya yang dikenali sejak sekian lama.


"Memandangkan kami pernah bekerjasama, jadi saya minta pengurus untuk uruskan saya. Dia juga berpengalaman.


"Bukan pengurus yang cari saya, tetapi saya yang cari dia," jelasnya.


Terdahulu, selain Hannah, antara artis lain yang turut meninggalkan syarikat pengurusan ialah Sharnaaz Ahmad, Zahirah McWilson dan suaminya, Aiman Hakim Ridza.


Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2023 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Next yg akan buka hijab adalah dia ni..tak sabar nk tunggu giliran pula slps nelydia dan mawar.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2023 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus ada penjelasan gini. Semuga sukses Hannah
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2023 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Shahman86 replied at 10-10-2023 04:40 PM
Next yg akan buka hijab adalah dia ni..tak sabar nk tunggu giliran pula slps nelydia dan mawar.

Oh iols lock aprena sebab dah start tayang leher dengan telinga dah tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2023 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Shahman86: Next yg akan buka hijab adalah ...
baru nak caka benda sama
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2023 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts
kenap muka die lain mcm . ucuk ucuk gak keee
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-10-2023 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Shahman86 replied at 10-10-2023 04:40 PM
Next yg akan buka hijab adalah dia ni..tak sabar nk tunggu giliran pula slps nelydia dan mawar.

Cantik takpelah

Cuba kalau lembaga yg bukak cadar dan tudung
Dengan size nya, dengan hidung baru nya dengan lense pelik nya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:20 PM GMT+8 , Processed in 0.241509 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list