View: 3165|Reply: 10
|
Zila Bakarin Menderita Slip Disc- 2 Bulan Susah Berjalan Sampai Tidur Pun Menonggeng
[Copy link]
|
|
Zila Bakarin selamat dibedah di sebuah hospital swasta pada Isnin selepas menderita penyakit slip disc.
Dua bulan dia menanggung kesakitan selain kaki bahagian kiri tidak dapat berfungsi dengan baik sehingga menyukarkan dia bergerak.
Kata Zila, doktor mengesahkan dia mengalami masalah itu selepas membuat pemeriksaan di hospital pada 5 Oktober lalu.
Foto: mStar
“Sudah dua bulan saya tak boleh bergerak sebab kaki kiri sakit sangat... Saya pula hanya bergantung kepada ubat dan tak tahu sakit apa.
“Ketika buat pemeriksaan doktor sahkan slip disc dan nampak tulang macam terkeluar yang memberi kesan kepada saraf di bahagian kaki kiri.
“Alhamdulillah saya selesai menjalani pembedahan semalam (Isnin) bagi merawat masalah saraf itu,” katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Zila berkata, sepanjang tempoh dua bulan dia bergantung kepada bantuan tongkat untuk berjalan disebabkan tidak boleh berdiri lama.
Malah kata Zila, duduk terlalu lama turut memberi masalah apabila ia menyebabkan kesakitan di bahagian punggung.
“Memang tak boleh bergerak. Tak boleh berjalan. Duduk atas kerusi roda pun tak boleh sebab punggung akan sakit.
"Kalau tidur pun saya akan mengiringkan badan ke bahagian kanan ataupun menonggeng untuk berasa selesa," ujarnya.
Ditanya mengenai perkembangan terkini selepas pembedahan, Zila berkata keadaannya semakin bertambah baik.
"agi tadi saya cuba bangun, Alhamdulillah okay. Insya-Allag dalam dua atau tiga hari ini boleh pulih sedikit demi sedikit," katanya.
Zila turut memaklumkan bahawa dia terpaksa menangguhkan penggambaran drama Luruhnya Bunga Cinta yang masih belum selesai.
Pelakon ini turut meluahkan rasa terharu apabila pihak produksi sanggup menyusun semula jadual penggambaran bagi membolehkan dia menjalani pembedahan.
“Krew menjadi saksi kesakitan yang saya tanggung dan mereka juga minta saya ke hospital.
“Malah sanggup menyusun semula jadual penggambaran... Menitik air mata saya sebab terharu dengan kebaikan mereka,” katanya. -CARI
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
speedy recovery |
|
|
|
|
|
|
|
Anak anak dia pun macam zarina ke autisme jugak anak syurga? |
|
|
|
|
|
|
|
semoga cepat sembuh
sakit wei kalau slip dics ni |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga di beri kesembuhan ye kak |
|
|
|
|
|
|
|
Selalu dgr org kena slip disc ni, sb utama apa kena ada sape tau..
Semoga diberikan kesembuhan |
|
|
|
|
|
|
|
Uuuu sakitnya tuuu.. aku paham sgt perasaan org sakit belakang ni. Aku dulu pernah tp bukan slip disk la, suka angkat benda berat2, satu time tu agaknya dah over limit dah, sakitttt nak menunduk sakittt rukuk ee semua lah sakit. Pastu mak mentua ajar minum susu panas ngan galic bakar, telan sekaligus pagi2 b4 breakfast. Weiii mujarab weh, lepas 3-4 hari buat tu mmg hilang terus. Entahlah apa kaitan susu panas garlic tu ngan sakit belakang |
|
|
|
|
|
|
|
Sakit wey. Sorg pompuan muda sama wad dgn mak aku dulu menderita slip disc. Sian dgr seksanya gumana |
|
|
|
|
|
|
| |
|