|
Video tular menyaksikan eorang lelaki yang menaiki LRT dilihat mengambil ruang sehingga tiga tempat duduk penumpang di dalam tren.
Ruangan kerusi tersebut dijadikan tempat untuk meletakkan makanan dan beg galas milik lelaki berkenaan.
Dia juga dengan selamba menikmati makanan yang dibawanya dan kemudian membuang sampah di bawah tempat duduk penumpang.
Penumpang lelaki itu kelihatan membuka kasutnya dan duduk sambil bermain telefon pintar dengan menyilangkan kaki dengan hanya berstoking.
Foto: via mStar
Di ruangan komen, rata-rata warga maya mengecam tindakan lelaki itu yang disifatkan sebagai penumpang yang tidak bertanggungjawab.
"Orang macam ni kita layak maki je. Memang keras kepala, dah jelas ada pelekat kata tak boleh makan dalam LRT tapi tetap nak langgar juga.
"Sangat menjijikkan, 'indah' betul pemandangan nak tengok stoking dia. Macam LRT tu dia seorang yang punya. Harap ada tindakan segera," kata sebahagian warga maya.
Susulan insiden yang tular, Rapid KL tampil di ruangan komen tampil memberikan maklum balas dan peringatan mengenai peraturan di dalam LRT.
"Makan tidak dibenarkan di dalam tren. Sekiranya berlaku lagi kejadian seperti ini, mohon untuk terus beritahu nombor tren supaya pihak kami dapat mengambil tindakan pantas.
"Kami memohon maaf di atas ketidakselesaan penumpang dan akan sentiasa membuat pemantauan agar kejadian seperti in tidak berulang," ujar Rapid KL. -CARI
Sumber: mStar |
|