View: 4026|Reply: 53
|
"Bini Lagi Besar Daripada Dia, Jenuh Nak Beli Beras"
[Copy link]
|
|
Manjung: "Bini (isteri) dia besar daripada dia.. jenuh dia beli beras," antara sindiran dilemparkan netizen kepada Muhammad Haris's Putra Muhammad Azizul Bahrin, 25, atau mesra disapa Haris selepas berkongsi gambar perkahwinan dengan Arina Izni Ahmad Rosidi, 23, yang bertubuh 'comel' di laman sosial.
Haris yang juga orang kurang upaya (OKU) fizikal kerana kudung kaki kanan berkata, dia dan isteri tidak terkesan atau putus asa dengan komen dilemparkan tetapi menganggap ia pembakar semangat untuk terus kuat dalam mencari rezeki.
Foto: Harian Metro
"Takkan hanya disebabkan satu dua mulut kami akan terus putus asa sedangkan ramai lagi yang mendoakan kami suami isteri.
"Isteri pun baik-baik saja dan dia wanita yang sangat hebat saya pernah jumpa.
"Ia kerana sikapnya yang penyabar dan kuat sejak hari pertama saya kenal, kalau tidak, mana mungkin dia boleh terima saya dalam keadaan begini kan?," katanya kepada Harian Metro.
Bercerita lanjut, Haris yang juga pengusaha kedai makan dan atlet angkat berat Perak berkata, dia diijabkabulkan dengan Arina Izni pada 29 September lalu.
Menurutnya, mereka disatukan selepas lapan bulan bertunang.
"Saya dan isteri belajar di sekolah yang sama tetapi tak pernah bertegur cuma tahu kewujudan satu sama lain.
"Ditakdirkan, kami berjumpa semula dan mula berkenalan Disember tahun lalu ketika saya sedang membuat latihan sukan di Stadium Majlis Perbandaran Manjung (MPM) di Seri Manjung, itu pun selepas saya menegurnya.
"Sebulan selepas berkenalan iaitu pada Januari lalu, keluarga mengambil keputusan untuk masuk meminang dan merisik isteri.
"Syukur, jodoh kami panjang hingga sah menjadi suami isteri," katanya.
Haris berkata, dia tidak mempunyai ramai kenalan perempuan tapi terpikat dengan Arina Izni selepas melihat aura positif dan layanan baik isterinya itu terhadap ibu bapa serta adik beradiknya.
"Alhamdulillah Arina (nama panggilan) wanita yang sangat baik dan menerima segala kekurangan diri saya, begitu juga keluarganya.
"Sejak awal perkenalan lagi isteri dan keluarganya berjumpa dengan saya tetapi mereka tidak memandang serong kepada saya.
"Restu keluarga saya dan mentua sebenarnya yang membawa kami suami isteri ke tahap ini," katanya yang menjadi OKU selepas terbabit kemalangan ketika berusia lima tahun.
Haris berharap, ikatan perkahwinannya dengan Arina Izni sentiasa dalam keberkatan dan berkekalan hingga ke Jannah.
"Terima kasih banyak buat mereka yang mendoakan dan beri sokongan kepada kami suami isteri.
"Diharap doa yang baik berbalik kepada kalian juga dan terima kasih juga untuk yang komen negatif, semoga urusan hidup anda semua dipermudahkan Allah.
"Seperti pasangan lain, kami juga mengharap dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.
"Semoga perkahwinan kami ini sedikit sebanyak dapat membuka mata dan hati orang orang di luar sana untuk menerima pasangan dengan hati terbuka walau macam mana mana rupa dan fizikal seseorang individu," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Macam sama2 kuat melantak beras je....cuba cuba la makan Quinoa macam Najib |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau takde bnd baik nak ckp lebih baikla diam. |
|
|
|
|
|
|
|
tp xslh klu trunkn brt tu..sbb muda lg br 23..sng nk trun
|
|
|
|
|
|
|
|
B40tastePosh replied at 9-10-2023 04:31 PM
Macam sama2 kuat melantak beras je....cuba cuba la makan Quinoa macam Najib
Quinoa tak menggemokkan ke?.....
Tu kak ros.....kusss semangat |
|
|
|
|
|
|
|
Tp yg komen jenuh nak beli beras tu, korang ke yg kena beli beras utk bini dia? |
|
|
|
|
|
|
|
Muda2 dah gemok buruk tua2 ntah jadi rupa apa |
|
|
|
|
|
|
|
Bior la deme yg nikah duduk sekali bukan korang. Ada je benda nak mengata. Korang pilih la pasangan kurus bak model makan sikit jimat duit khen |
|
|
|
|
|
|
|
acik2 porum ramai bertubuh mcm arina ni |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga jodoh berpanjangan..
Badan beso ni pun ringan jodoh.. kenalan aku dah bercerai tup2 kawen lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Halah..halah..halah...
Xde life sungguh yg komen xserupa maknosia ni |
|
|
|
|
|
|
|
melampau2 mlt netizen skrg ya.. |
|
|
|
|
|
|
|
"dia dan isteri tidak terkesan atau putus asa dengan komen dilemparkan tetapi menganggap ia pembakar semangat untuk terus kuat dalam mencari rezeki".
Patutnya pembakar semangat utk turunkan berat badan demi kesihatan. Kesihatan ni priceless. Iolls masuk obese class 1, terus jumpa doc & kawal makan & bersenam. Mcm2 penyakit cuba nak masuk bila dah level obese ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
Acik forum kepam perasan vogue mmg suka bab body shaming ni. Acah2 high class padahal serupa je perangai dengan acik fesbuk
|
|
|
|
|
|
|
|
Puaka punya nerakazen!
Mulot jahat namampos |
|
|
|
|
|
|
|
Dia oku apa ye? Kiranya dia atlit paralimpik ke?
Apapun isteri sheols ni kira bertuahla walau berisi pun ringan jodoh dia, umur pun muda lagi.
Mmg ada jenis lelaki tak kisah pun ngn fizikal isteri kot, tak semua la nak bini body letopan mcm bayi gula tok2 kertu.
|
|
|
|
|
|
|
|
buleh la berzumba both dlm bilik malam2 sampai subuh
moga2 till janah yeee.. meols doa yg baik2 aje |
|
|
|
|
|
|
|
Meols ada kwn2 plus size. Masa dorg nak kwen mmg usaha utk kurus. Dan mmg kurus hahaha lepas kwen naik balik berat asal.
Ada kwn yg plus size (medium) pegi umah org kwen..penga tin plus size (large). Yg medium size ni siap segan tgok pengantin. Meols mcm ait xkan segan kot ko mkn balun taks sedar diri roti telur 2 keping dgn amek makanan kwn2 lagi hahaha
Ish jahat meols tapi sejujurnya bengang la nak mkn dgn dia ni pasalnya main amek makanan atas pinggan kita sukati hahaaha |
|
|
|
|
|
|
|
Haris ni klau kurus i rasa hensem herlok |
|
|
|
|
|
|
| |
|