KUALA LUMPUR: Berbanding RM2,500 sebelum ini, kadar sewa sesetengah kondominium di Johor Bahru meningkat setinggi RM5,000 sebulan selepas sempadan dibuka semula.
Penganalisis RHB Research, Loong Kok Wen, berkata beberapa pengendali Airbnb turut menyatakan bahawa kadar penghunian untuk unit-unit di bawah pihak pengurusan meningkat kepada purata 70 peratus hingga 80 peratus setakat ini.
Beliau berkata, berdasarkan perbualan pihaknya dengan penduduk tempatan, didapati bahawa bilangan pengunjung dari Singapura meningkat dengan ketara, terutamanya apabila sempadan Singapura dan Malaysia dibuka semula selepas pandemik pada April 2022.
Foto: Berita Harian
Malah, katanya, ejen hartanah menerima semakin banyak pertanyaan daripada bakal pembeli dari Singapura.
Tambahnya, selain pembelian barang runcit, segmen lain yang merekodkan perbelanjaan besar termasuklah makanan dan minuman (F&B), kesejahteraan kesihatan dan kecantikan serta penyelenggaraan kereta.
"Kami juga dapati bahawa kadar sewaan bulanan bagi sesetengah kondominium di pusat bandar telah mula meningkat kepada RM5,000 seunit daripada RM2,500, apabila sempadan dibuka semula, mencecah paras kadar sewaan di pusat bandar Kuala Lumpur," katanya dalam satu nota penyelidikan.
Kok Wen berkata, kunjungan beliau ke Johor baru-baru ini juga mengukuhkan lagi keyakinan terhadap pasaran hartanah Iskandar Malaysia.
Beliau berkata, projek yang berhampiran dengan Sistem Transit Laju (RTS) patut terus menerima permintaan yang kukuh, dan kuasa perbelanjaan pengguna yang dipacu oleh dolar Singapura dijangka akan memberi kesan limpahan terhadap syarikat-syarikat runcit, hospitaliti dan hartanah di luar pusat bandar pada masa hadapan.
Katanya, pembangunan pemangkin lanjut mungkin menumpu pada kawasan Laluan Kedua Malaysia-Singapura.
"Semasa pertemuan kami, Ahli Majlis Eksekutif Negeri Johor untuk pelaburan, perdagangan dan hal ehwal pengguna, Lee Ting Han menyatakan bahawa zon kewangan khas Johor-Singapura mungkin membabitkan beberapa sektor tertentu, dan terma rujukan yang akan dimuktamadkan dalam mesyuarat pada akhir bulan ini oleh pemimpin kedua-dua negara ini seharusnya memudahkan perbincangan lanjut mengenai kerjasama.
"Lee (Ting Han) percaya Johor adalah penerima manfaat daripada perang dagangan antara Amerika Syarikat (AS)-China, kerana beliau menerima minat yang kukuh daripada syarikat-syarikat multinasional (MNC) sejak sempadan dibuka semula.
"erkhidmatan laluan pantas telah memudahkan kemasukan syarikat-syarikat dalam sektor ekonomi digital, farmaseutikal, elektrik & elektronik (E&E), EMS, bahan kimia & petrokimia dan aeroangkasa," katanya. -CARI
Post time 9-10-2023 06:03 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Johor ni mn de murah..contoh kwsn perumahan rumah aku ni dah usia 20thn pun setenggah juta gak...beza rumah baru setenggah juta setingkat,yg lama 2tingkat..Kalo yg tgh2 construction tu jgn kata la...takut tgk..Kalo btl thn depan thn kegelapan sape la yg akan bl rumah2 ni..PRC lg ke...kwsn aku ni rumah mewah klauster murah skt dr Florest city..jgn la geng2 PRC beli sini... terbulu2 nanti
Ummah Singapura-pura tersenyum sinisss sambil beli rumah jota2 lemon di Jaybeh manakala ummah tanah ayer hanya mampoo telan liuq jah tengok rega rumah hanya mampoo tengok hanya mampoo verangan jahhh....
Forest City yg dinobatkan salah satu projek mega paling tak berguna di donia tersengih kelat sambil meratab hiba rega rumah tak laku sambil mengipas2 nyamok yg jadikan tempat itu sebagai sarang pembiakan kerna populasi ummah tak sampai 500 jahh yg dudok antara ratos riban rumah yg megah berdiri padat yakmat serope Hong Kong wannabe itu