CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 548|Reply: 0

[Perlis] Reman lelaki tikam isteri hingga mati dilanjut 4 hari lagi

[Copy link]
Post time 7-10-2023 06:06 PM | Show all posts |Read mode
Reman lelaki tikam isteri hingga mati dilanjut 4 hari lagi


Oleh Aizat Sharif - Oktober 7, 2023 @ 5:30pm bhnews@bh.com.my




Gambar hiasan




ARAU: Reman bekas anggota tentera yang menikam mati isterinya dengan sebilah pisau di sebuah rumah di Jalan Padang Nyu, Arau pada 30 September lalu dilanjutkan empat hari lagi sehingga Rabu ini.

Arahan lanjutan reman itu dikeluarkan berikutan reman asal suspek berusia 38 tahun itu tamat hari ini.

Difahamkan, lanjutan tempoh reman itu dibuat berikutan siasatan terhadap kes itu belum selesai membabitkan beberapa aspek dalam kejadian berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Arau, Deputi Superintendan Shaharuddin Abdul Talib, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Pada 30 September lalu, suspek dipercayai membunuh isterinya, Munirah Abu Bakar, 31, yang bertugas sebagai jururawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar dengan menikam mangsa di bahagian kiri dada dengan sebilah pisau di kediaman pasangan terbabit di Jalan Padang Nyu, Arau.

Kejadian jam 6 pagi itu dipercayai berlaku selepas pergaduhan antara suspek dengan isterinya di ruang tamu rumah itu ketika mangsa sedang bersiap untuk keluar bertugas.

Suspek kemudian menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis sekitar jam 10 pagi sebelum polis ke tempat kejadian, manakala ujian air kencing suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.202615 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list