CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1561|Reply: 9

Hentikan budaya 'bersekongkol' dengan sindiket - Pengarah JSJ

[Copy link]
Post time 7-10-2023 03:59 PM | Show all posts |Read mode

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain

KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memberi amaran keras terhadap pegawai bawahannya yang masih bersekongkol dengan sindiket jenayah.

Ini disebabkan situasi di mana terdapat pegawai yang sanggup mengorbankan nyawa rakan setugas mereka demi imbuhan wang daripada sindiket dengan memberikan maklumat dalam sesuatu operasi.

Beliau berkata, situasi berkenaan harus diberi perhatian serius oleh setiap pegawai atasan atau penyelia dalam Jabatan dan Bahagian Siasatan Jenayah di seluruh negara.

"Dalam erti kata lain, dalam pasukan ini kelak, ada yang sanggup membunuh antara satu sama lain disebabkan duit.



"Perkara ini disebabkan tiada penyeliaan di bawah (peringkat kontinjen dan daerah) untuk memantau dan melihat cara hidup pegawai dan anggota bawahan mereka.

"Bagaimana anggota berpangkat Sarjan boleh memiliki kenderaan Alphard, Vellfire, Mercedes. Adakah pegawai atasan mereka atau penyelia bertanya bagaimana boleh memiliki kenderaan mewah, ada buat pengisytiharan harta," katanya dalam Majlis Amanat Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, hari ini.

Majlis amanat itu dihadiri oleh Ketua-Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Kontinjen, Ketua-Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (KBSJD) seluruh negara.

Mohd Shuhaily berkata, penyeliaan oleh pegawai atau penyelia atasan ini adalah satu perkara yang sememangnya sedia ada dalam arahan penugasan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Sebab itu ada antara pegawai dan anggota di bawah penyeliaan anda buat benda merapu-rapu, sebab apa, sebab ketuanya sendiri tak ambil port (tak ambil peduli). Bukan setakat tak ambil tahu malah bosnya pun sama.

"Ada bos (pegawai atasan) bersama Sarjan pergi beli kereta mewah berdua (hasil imbuhan sindiket) selain turut sama memilih nombor pendaftaran kenderaan mereka.

"Inilah sebenarnya perkara yang terjadi dalam pasukan," katanya.

Beliau turut memberi amaran kepada semua 130 KBSJD yang gagal menjalankan tugas mengikut arahan pasukan PDRM.

"Sesiapa sahaja antara 130 orang ini yang masih gagal mengikut arahan, anda bukan sahaja saya akan tukarkan malah saya akan tulis notis cadangan di situ bahawa pegawai ini tidak layak untuk diberi kenaikan pangkat.

"Ini sebab mereka tidak layak diberi tanggungjawab menyelia orang lain dengan pangkat lebih tinggi sedangkan dengan pangkat sedia ada pun anda gagal," katanya.

Justeru, beliau berharap untuk semua pegawai dan anggota jabatannya dari peringkat Bukit Aman sehinggalah balai polis untuk terus bekerja dengan cara dan jalan yang betul selain menghentikan budaya 'berkawan' dengan sindiket.
https://www.bharian.com.my/berit ... ndiket-pengarah-jsj

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2023 05:23 PM | Show all posts
Err hensem la pengarah jsj ni tq mattzz
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2023 05:39 PM | Show all posts
Catpaw replied at 8-10-2023 05:23 PM
Err hensem la pengarah jsj ni  tq mattzz

dan seorang yg tegas.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2023 11:07 PM | Show all posts

Aww I like
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2023 10:33 AM | Show all posts
Catpaw replied at 8-10-2023 05:23 PM
Err hensem la pengarah jsj ni  tq mattzz

welcome Catpaw

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2023 10:33 AM | Show all posts

itu yang sepatutnya ada pada pegawai polis, tegas dan berintegeriti

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-10-2023 10:40 AM | Show all posts
mattzzx replied at 9-10-2023 10:33 AM
itu yang sepatutnya ada pada pegawai polis, tegas dan berintegeriti

ya betul.
zura sokong je pengarah JSJ ni walaupun ada yg pertikaikan dia.
sejak dia jd ketua polis pulau pinang sebelum ni  dah nmpk dia tegas.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2023 01:48 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 10-10-2023 10:40 AM
ya betul.
zura sokong je pengarah JSJ ni walaupun ada yg pertikaikan dia.
sejak dia jd ketua polis ...




ooo dia penah jadi ketua polis PP
memang kalau orang yg tegas tu ramai org tak suka cara dia
terutama orang2 bawahan


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2023 09:44 PM | Show all posts
mattzzx replied at 10-10-2023 01:48 PM
ooo dia penah jadi ketua polis PP
memang kalau orang yg tegas tu ramai org tak suka cara dia
te ...

iya matt
sebelum ni dia ketua polis png.
sebelum ni zura ada tepek berita kt png.
thn ni  dia kena tukar ketua polis KL
kemudian naik pangkat lg dlm 3 bln jd pengarah JSJ pula.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2023 02:07 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 11-10-2023 09:44 PM
iya matt
sebelum ni dia ketua polis png.
sebelum ni zura ada tepek berita kt png.




cepat lah dia nak pangkat
dari KP KL terus jadi pengarah JSJ
mungkin pihak atasan dah tengok rekod kerja dia


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:45 PM GMT+8 , Processed in 0.074195 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list