View: 1619|Reply: 6
|
Lima Lagu Terkait Kontroversi
[Copy link]
|
|
Baru-baru ini, lagu Malampagi nyanyian Saixse terpalit kontroversi apabila tampil netizen yang mendakwa ada lirik yang terkandung dalam lagu tersebut membawa maksud lucah.
Bagaimanapun, ini bukanlah lagu pertama yang berdepan dengan kontroversi. Sebelum ini, ada beberapa karya yang terlebih dahulu berhadapan dengan situasi sama.
1. Hello Kuala Lumpur (lagu kempen)
BUKAN sahaja lagu dewasa, tetapi lagu kanak-kanak yang berjudul Hello Kuala Lumpur turut menerima tempias kontroversi.
Bezanya, lagu tersebut menerima kecaman dalam kalangan netizen Indonesia yang mendakwa lirik dan melodi seakan-akan lagu patriotik negara mereka berjudul Halo, Halo Bandung.
Susulan daripada kejadian, perdebatan berlaku sehingga mendominasi pelbagai platform media sosial termasuk X dan Facebook.
2. Kaulah Segalanya – Ruth Sahanaya
LAGU yang sangat popular pada zaman 1990-an berjudul Kaulah Segalanya nyanyian Ruth Sahanaya sebenarnya diharamkan di Malaysia sehingga kini.
Difahamkan, lagu ini telah mencetuskan kontroversi kerana liriknya yang berbunyi: ‘Mungkin hanya Tuhan….’
Rata-rata ulama berasakan tidak sesuai menggunakan bait lirik tersebut kerana Tuhan Maha Mengetahui dan tidak ada ‘mungkin’ bagi Allah.
Difahamkan, sejak itu Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengharamkan siaran dendangan tersebut sehingga ke hari ini.
Namun, beberapa penyanyi tempatan yang menyampaikan lagu tersebut dilihat mengubah liriknya kepada ayat lebih sesuai.
3. How You Like That – Blackpink
BIARPUN kumpulan Blackpink memiliki kelompok peminat besar, mereka tetap dikecam berikutan video muzik (MV) lagu How You Like That yang tidak sensitif.
Kontroversi bermula apabila dalam MV, Tuhan Hindu Ganesha diletakkan di atas lantai, manakala di sebelahnya Lisa sedang duduk di atas takhta.
Peminat mengkritik kedudukan Lisa dalam video tersebut seolah-olah lebih tinggi daripada dewa atau Tuhan.
Adegan terbabit akhirnya disunting selepas kecoh dalam media sosial dan pihak pengurusan, YG Entertainment serta Blackpink sendiri.
Namun, perubahan dalam video muzik menunjukkan bahawa pihak pengurusan peka dan menerima kritikan peminat peminat kumpulan itu di seluruh dunia.
4. Hidup Dalam Mati – Syamel
SUSULAN impak kontroversi lagu Hidup Dalam Mati nyanyian Syamel membuatkan penyanyi itu mengambil keputusan menarik diri daripada bertanding dalam separuh akhir Muzik Muzik 31 (SFMM31).
Hal tersebut terjadi apabila penyanyi Ayai Ilusi tampil mendedahkan melodi Hidup Dalam Mati mempunyai persamaan dengan lagu ciptaannya berjudul Ku Kejar Bayangmu nyanyian Idris.
Perihal tersebut mula dibongkarkan selepas lagunya menghadapi masalah untuk dipertandingkan ke Anugerah Juara Lagu dan Anugerah Industri Muzik 22.
Syamel akur dengan kontroversi tercetus dan akan lebih berhati-hati pada masa akan datang.
5. Putus Terpaksa – Ziana Zain
BARANGKALI ramai yang tidak tahu bahawa lagu nyanyian Ziana Zain berjudul Putus Terpaksa pernah mengundang kontroversi atas dakwaan liriknya sensitif.
Kesannya, lagu terbabit pernah mara ke peringkat separuh akhir Muzik Muzik 1993 tetapi gagal ke pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) 1993.
Putus Terpaksa yang dihasilkan Saari Amri berkisar percintaan seorang wanita dan lelaki yang bergelumang dengan najis dadah.
Meskipun merayu untuk berubah akhirnya kisah cinta mereka tidak berpanjangan apabila teman wanitanya tidak sanggup meneruskan hubungan.
Sumber: Kosmo! Online |
|
|
|
|
|
|
|
Aku faham lain..'mungkin hanya tuhan yang tahu',membawa maksud makhluk2 lain tak tahu,melainkan hanya tuhan jer yang tahu. |
|
|
|
|
|
|
|
lagu "ku rela di benci - aiman tino".sampai kene tukar lirik time masuk ajl. |
|
|
|
|
|
|
|
Belibis replied at 7-10-2023 08:03 PM
Aku faham lain..'mungkin hanya tuhan yang tahu',membawa maksud makhluk2 lain tak tahu,melainkan hany ...
Sama.. Iols pon faham mcm yg uols faham.. Tuhan je tahu segalanya |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin hanya tuhan.... yang tahu segalanya,
Apa yang kuinginkan, di saat-saat ini.
Pada aku, die membawa maksud mungkin org lain selain tuhan x tau ape yang die rasa.
That's why die cakap mungkin hanya tuhan... die x nyanyi mungkin tuhan tahu segalanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Bodo je reason kontroversi Putus Terpaksa
Bagus lagu n lirik, tade sensitip mana....nasehat dari kisah benar kbykn orang, mungkin ditulis khas utk penyanyik.
Kot tak putus kang mmg jadi sayur kau sampai reput deknon....
Tapi Jena mmg betul menghayati lagu tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Kan.. Majoriti lagu zaman sekarang termasuk Kpop (kesemuanya) taknah hingin nak layan..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|