CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 520|Reply: 0

[Perlis] Pak Dan 'tauke' seludup minyak kena tahan

[Copy link]
Post time 7-10-2023 03:15 PM | Show all posts |Read mode

Mohd Shokri menunjukkan sejumlah besar petrol dan diesel bersubsidi seludup yang dirampas polis di Padang Besar. FOTO AIZAT SHARIF

Padang Besar: Polis membongkar kegiatan sindiket Pak Dan yang aktif menyeludup petrol dan diesel bersubsidi ke negara jiran selepas menahan seorang lelaki yang juga dalang di Kaki Bukit, di sini, semalam.

Dalam serbuan itu kira-kira 9 pagi, polis turut merampas 3,550 liter petrol dan diesel bersubsidi bernilai RM23,005.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah berkata, sepasukan anggota polis yang melakukan rondaan terserempak dengan Proton Iswara dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, kereta itu dilihat sedang menuju ke sebuah stesen minyak di Jalan Padang Melangit dan bergerak sehingga ke Kampung Aman di Jalan Kaki Bukit, di sini.

"Ketika tiba di kawasan kebun getah, pemandu menyedari diekori polis lalu bertindak melarikan diri dengan meninggalkan kereta itu.

"Hasil pemeriksaan kita menemui 700 liter diesel dalam tangki yang diubah suai di bahagian tempat duduk penumpang belakang kereta itu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar, di sini, hari ini.

Katanya, berdasarkan maklumat, polis menyerbu sebuah stor penyimpanan petrol dan diesel dalam kawasan kebun getah itu dan menangkap seorang lelaki berusia 42 tahun dikenali sebagai Pak Dan dipercayai dalang kepada kegiatan itu.

"Pemeriksaan lanjut menemui 980 liter petrol dan 1,870 liter diesel bersubsidi dan semakan mendapati suspek mempunyai 18 rekod jenayah berkaitan kes dadah.

"Kegiatan ini dipercayai aktif sejak awal September lalu dan sindiket turut mengupah 'runner' untuk membeli dan membawa bekalan minyak ini dengan upah sebanyak 30 sen seliter (untuk dikumpulkan)," katanya.

Katanya, suspek dan rampasan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis untuk siasatan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... p-minyak-kena-tahan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:47 AM GMT+8 , Processed in 0.057777 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list