CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4276|Reply: 0

[Johor] Polis terima 3 laporan penipuan pelaburan RM1.4 juta

[Copy link]
Post time 7-10-2023 09:45 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Johor Bahru: Polis Johor menerima tiga laporan bagi kes penipuan pelaburan serta 'phone scam' dalam masa dua hari membabitkan kerugian lebih RM1.4 juta.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya menerima laporan daripada tiga warga tempatan berusia antara 36 hingga 46 tahun pada kelmarin dan semalam.

Beliau berkata, kes pertama membabitkan seorang wanita yang pada mulanya berkenalan dengan seorang lelaki warga asing melalui aplikasi 'TanTan'.

Katanya, lelaki itu menawarkan pelaburan emas dan mata wang USD menggunakan aplikasi 'Okgold' dan pengadu dijanjikan keuntungan sebanyak 11 peratus daripada jumlah modal yang dikeluarkan dalam tempoh tujuh hari urus niaga dilakukan.

"Pengadu mendakwa dia melakukan 78 transaksi pembayaran antara 6 Mei lalu hingga 28 Mei ke akaun Public Bank atas nama 'SHUISHANG CHAFANG' berjumlah RM637,163.55.

"Selepas bayaran dilakukan, pengadu tidak menerima keuntungan sebagaimana

dijanjikan," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Bagi kes kedua, Kamarul Zaman berkata, seorang lelaki terjerat dengan kes penipuam selepas melihat skim pelaburan 'Crypto' melalui laman sesawang 'Yomaex Crypto Market'.

Katanya, pada 11 Julai lalu, pengadu membuat pelaburan kali pertama sebanyak RM7,005 dan menerima keuntungan sebanyak RM470.

"Pengadu kemudian melakukan 19 transaksi pembayaran ke 16 akaun berbeza antara 11 Julai hingga 29 September lalu berjumlah RM451,887.

"Selepas bayaran dibuat, pengadu tidak menerima keuntungan sebagaimana dijanjikan," katanya.

Katanya, kes ketiga membabitkan seorang wanita yang menerima panggilan telefon melalui 'WhatsApp' dari seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai 'Calvin Law' dari Pos Laju.

Beliau berkata, lelaki itu menyatakan bahawa pengadu mempunyai bungkusan haram dari Pos Laju yang berada di Alor Setar untuk dihantar ke Kuching, Sarawak.

"Pengadu menafikan perkara berkenaan, namun kemudian panggilan disambungkan kepada seorang lagi lelaki yang memperkenalkan diri sebagai pegawai polis dan memaklumkan pengadu terbabit dengan siasatan kes polis.

"Pengadu diarahkan untuk memindahkan wang ke akaun yang diberikan sementara siasatan dilakukan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan wang tersebut akan dikembalikan selepas siasatan selesai.

"Pengadu kemudian membuat bayaran antara 21 September lalu hingga kelmarin yang keseluruhannya berjumlah RM322,270 melalui 15 transaksi ke 11 akaun bank yang diberikan," katanya.

Pada masa sama, Kamarul Zaman menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga terutamanya dalam urusan membabitkan transaksi kewangan.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa mengikuti laman sosial Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) seperti Facebook, Instagram dan Tik Tok bagi mendapatkan maklumat terkini modus operandi jenayah komersial.

"Sila hubungi 'National Scam Response Centre' (NSRC) di talian 997 sebagai tindakan awal untuk menyekat pengaliran keluar wang," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... pelaburan-rm14-juta

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 04:52 AM GMT+8 , Processed in 0.038114 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list