CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 953|Reply: 17

AS iktiraf Malaysia model negara membangun

[Copy link]
Post time 15-1-2011 05:40 PM | Show all posts |Read mode
2011/01/15WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) menyifatkan Malaysia sebagai model negara membangun yang patut dicontohi oleh negara membangun lain kerana kagum dengan tiga pencapaian negara.

Perkara itu dinyatakan Setiausaha Negara AS, Hillary Rodham Clinton ketika
mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Jabatan Negara AS di sini, Jumaat. Muhyiddin berkata, AS kagum dengan apa yang dicapai negara kerana pada pendapat
mereka, demokrasi di Malaysia masih subur di samping mempunyai kerajaan yang
efektif dan pembangunan ekonomi yang baik.

"Clinton menyatakan ada sesetengah negara (membangun) hanya mencapai satu atau
dua daripada tiga perkara itu tetapi Malaysia ada ketiga-tiganya.

"Berulang kali dia nyatakan dia kagum dengan apa yang kita capai," katanya kepada wartawan Malaysia selepas melancarkan Program Latihan Khas Keusahawanan
Perbadanan Bioteknologi Malaysia (myBEST) di sini, Jumaat.

Turut hadir pada perjumpaan itu ialah Duta Besar Malaysia ke AS, Datuk Seri Dr
Jamaludin Jarjis.

Muhyiddin berkata, berdasarkan pencapaian itu, AS merasakan penting untuk
menyokong apa jua inisiatif yang dilaksanakan Malaysia sama ada di peringkat
tempatan mahu pun antarabangsa.

"Peranan kita amat dihargai kerana ia dapat memenuhi aspirasi kita serta
aspirasi mereka," katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin menyifatkan lawatannya selama enam hari ke AS amat
berhasil dalam menjalin hubungan yang lebih rapat antara Malaysia dan kuasa
besar dunia itu.

Beliau berkata, ramai pemimpin tertinggi pentadbiran AS memberi sokongan
terhadap usaha Malaysia ke arah itu dan ia memberi petanda yang positif.

"Mereka melihat kesungguhan Malaysia dalam konteks menjalinkan hubungan dengan
AS bukan setakat itu sahaja tetapi kita bersedia berkongsi banyak perkara yang
boleh memberi manfaat kepada kedua-dua negara.

"Walaupun Malaysia negara kecil, kita nampak mesej Perdana Menteri (untuk
Malaysia jalinkan hubungan dengan AS) sudah sampai ke seluruh pentadbiran AS dan
ini dapat membantu meningkatkan lagi pembangunan negara kita," katanya.

Dalam pertemuan itu, Muhyiddin berkata, Clinton turut memaklumkan kepadanya
perkembangan terbaru berhubung isu Palestin dan Afghanistan, hasil lawatan
beliau ke Timur Tengah, baru-baru ini.

Mengenai isu Palestin, Timbalan Perdana Menteri berkata, Malaysia berharap
supaya masalah yang berlaku di negara berkenaan dapat diatasi dan diselesaikan
melalui peranan yang dimainkan oleh AS.

Beliau berkata, Clinton juga menyatakan bahawa Palestin memohon agar Malaysia
membantu untuk membangun dan memulihkan ekonomi mereka.

"Saya beritahu, kita bersedia untuk menimbangkan perkara ini. Kita juga
nyatakan, penting supaya AS mengambil langkah-langkah untuk membantu
menyelesaikan proses damai di sana," katanya.

Mengenai penyertaan sulung Malaysia dalam Perjanjian Perkongsian Rentas
Pasifik (TPP) kelak, Muhyiddin berharap supaya AS menyokong usaha yang dilakukan
negara dalam mencapai perdagangan dan perkongsian kekayaan di peringkat global.

Pada pertemuan berasingan dengan Setiausaha Pendidikan AS, Arne Duncan,
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, Malaysia akan bekerjasama dengan
AS dalam membangunkan bidang pendidikan negara.

Muhyiddin mengakhiri lawatannya selama enam hari ke Boston dan Washington
pada Jumaat dan dijangka berlepas pulang ke tanah air dari London pada Sabtu. - BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2011 06:04 PM | Show all posts
Boleh percaya ke? :re:
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2011 06:20 PM | Show all posts
Boleh percaya ke?
DARSITA Post at 15-1-2011 18:04



    tak perlu tunduk dengan pujian AS...REALITITINYA negara tak da perubahan pun.

lebih baik jadi diri sendiri..daripada hidup dalam lakonan.

worang tahula..sbb orang fun org malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2011 06:39 PM | Show all posts
kalau hillary duduk dan jadi peneroka kat FELDA ...atau Hillary jadi orang kampong atau kerja kerani Gomen......baru dia tahu...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2011 01:50 AM | Show all posts
menipu lah.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2011 02:37 AM | Show all posts
dah brapa tahun mesia jadi model negara membangun??

setahu aku mesia dah jauh ketinggalan.......xkan selama 53 taun masih dlm negara membangun??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2011 05:37 AM | Show all posts
Siapakah AMERIKA itu yang kita perlu sangat ketagih pengiktirafan darinya di segala segi??
Adakah hina agama dan bangsa kita jika tidak diiktiraf oleh AMERIKA?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2011 01:01 PM | Show all posts
kalo pakatan memerintah sure malaysia jadi cam zimbabwe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2011 01:08 PM | Show all posts
Siapakah AMERIKA itu yang kita perlu sangat ketagih pengiktirafan darinya di segala segi??
Adakah h ...
KakFie Post at 16-1-2011 05:37


Ramai orang benci Amarika, tapi tak bole menafikan Amarika adalah kuasa besar dan negara hebat menjadi tumpuan dunia.

Macam kita bukak warung bawah pokok, tetiba Rosmah mansur datang dari KL singgah makan kat warung kita. Pandangan masyarakat terhadap warung kita akan berubah walaopun ramai tak suka rosmah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2011 01:20 PM | Show all posts
^
melampau betul kenyataan honam ni.

tapi aku setuju juga dengan komen-komen orang forum ni.. takkan la selama-lamanya hendak jadi negara membangun je??

kita ambil contoh, dahulunya negara korea tu teramatlah miskin lebih teruk dari Malaysia, tapi sekarang korea dah berjaya jadi negara maju bermula pada tahun 2007 seluruh pakar ekonomi iktiraf korea sebagai negara maju.. padahal dulu pakar ekonomi pernah kata
200 tahun pun korea tak akan jadi negara maju.. pasal malaysia pula pakar ekonomi kata malaysia tak akan keluar dari masalah ekonomi sebab tak pinjam sesen pun duit IMF.. ternyata semuanya bohong je belaka!



masalah besar dengan rakyat Malaysia ni ialah semuanya pun salah, ntah apa yang betul pun tak tau la.. kalau ikut sangat kehendak orang memang tak maju la negara ni, lain kepala otak, lain yang dia hendak.. kepimpinan negara kena tegas dalam buat keputusan, jangan layan sangat komen-komen dan kritikan bodoh, yang penting adalah hasil.

macam negara korea yang sekarang ni dah maju, mereka amat tegas terutama dalam sistem pendidikan diaorang.. kalau la Malaysia buat macam sistem pendidikan di negara korea... aku rasa memang akan ramai bantah, sedangkan nak rotan pelajar yang salah pun itu pun nak masuk surat khabar.. hebah sana-sini benda remeh temeh, tu yang banyak pijak kepala cikgu tak dengar kata nak jadi kurang ajar tu.

satu lagi masalah di peringkat universiti, masalah dia bukannya apa, amat kurang kajian di peringkat universiti.. jangan la kita nak bangga sangat berjaya jadi #1 paling banyak kajian di peringkat OIC.. cuba banding dengan Asia Timur dan negara Barat, kita memang ketinggalan 6x ganda jumlah kajian R&D di peringkat universiti.. di negara jepun sebagai contoh setiap hari paling kurang 1 kajian/inovasi terhasil pernah keluar dalam Discovery Channel pasal benda ni terutamanya berkaitan game.

yang paling penting sikap yang kena ubah, kalau asyik salah menyalahkan orang lain, tanpa cuba perbaiki diri sendiri.. semuanya salah diri sendiri tak sedar.. sampai bila pun tak maju, akan duduk takat situ je la sampai mati.

politik Malaysia ni memang amat menyedihkan.. semua dah macam sarkas je aku tengok tak kisah la belah mana pun, semua pun macam gila kuasa je.. idea tak nampak pun, hentam-menghentam je yang banyak.. surat khabar pun satu, cerita pasal seks banyak betul, surat khabar utama pula hampir tiap-tiap hari politik politik politik.. ikut trend surat khabar parti pembangkang.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2011 02:08 PM | Show all posts
amerika pandang ka mesia nie? mesia jah perasan penting kt mata doniyya katanya
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2011 02:17 PM | Show all posts
aku rasa kalo fu.ckatan memerintah kut baru ramai yg iktiraf....
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2011 02:18 PM | Show all posts
Reply 10# hack3line


   
politik Malaysia ni memang amat menyedihkan.. semua dah macam sarkas je aku tengok tak kisah la belah mana pun, semua pun macam gila kuasa je.. idea tak nampak pun, hentam-menghentam je yang banyak.. surat khabar pun satu, cerita pasal seks banyak betul, surat khabar utama pula hampir tiap-tiap hari politik politik politik.. ikut trend surat khabar parti pembangkang.


setuju.................
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2011 02:26 PM | Show all posts
kalau muntri timor leste pi amerika pong musti depa puji gak timor leste , ..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2011 02:31 PM | Show all posts
amerika pandang ka mesia nie? mesia jah perasan penting kt mata doniyya katanya
ChildrenOfBodom Post at 16-1-2011 14:08


presiden USA boleh datang Indon, Spore & Thailand tetapi tidak Malaysia ..

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2011 02:47 PM | Show all posts
Reply 15# Dunhill.


siap merayu2 mintak obama mai mesia tu, pathetic nk mampusss...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2011 02:58 PM | Show all posts
Are we so hard up for recognition from the us?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2011 03:07 PM | Show all posts
hape ke bangang laa hamno buat neh...
pengiktirafan model negara membangun sejak zaman margaret thatcher lagi daaaaaaaaa....
Saper yg sepatutnya kena amik sejarah sampai lulus neh...budak skolah spm ke hamno....
Pastu sampai bila nak meningkatkan pengiktirafan lagi sbg negara maju....
dah nak 20 tahun dpt title tu jer takde apa2 perubahan...dpt title tu pun sejak zaman che det lagi...buang duit rakyat ajer pi jauh2 dpt title yg sama juga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 05:59 PM GMT+8 , Processed in 0.074789 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list