View: 5775|Reply: 3
|
"Makanan Dah Jadi Tahi Pun Takkan Tak Nak Bayar, Buat Bising Pun Tak Guna," Michael Ang Perli Ekin Mawi?
[Copy link]
|
|
Michael Ang terhibur dengan isu mengenai harga makanan laut yang dimakan di sebuah kedai.
Katanya perkara tersebut sepatutnya tidak perlu dihebohkan.
Foto: IG
“Tergelak aku baca kes makan mahal sangat and seller menjawab balik.
“Bagi aku la kalau dah makan lepas tu harga mengejutkan bayar aje la lepas tu tak la aku pergi kedai tu. Tak payah la nak bagitahu satu dunia,” katanya di Instagram.
Mike juga berkongsi bahawa pernah mengalami situasi yang sama.
“Haritu aku makan 2 orang bil sampai dekat 1700 hinggit. Aku bayar aje lepas keluar terus menyumpah takkan aku makan sana lagi kalau makan kat south sea subang siap dapat Alaskan crab dengan harga tu. Ni lobster aje! Choi choi,” kongsinya.
Tambahnya, makanan tersebut sudah pun dimakan jadi tiada guna untuk bising dan penjual boleh meletakkan harga yang mereka hendak.
“Makanan dah jadi tahi pun takkan tak nak bayar buat bising pun tak guna. Sebagai penjual memang boleh letak berapa harga dia nak!,” ulasnya lagi.
Malah, Mike sempat bergurau untuk menjual claypot chicken rice yang dimasaknya berharga ratusan ringgit.
“Siapa nak beli claypot chicken rice I masak? Satu portion 259.99 hinggit,” guraunya.
Walaubagaimanapun, Mike tidak memetik mana-mana nama individu dalam hantarannya itu.
Sebelum ini, tular pasangan selebriti mendakwa makanan yang dimakannya di sebuah restoran mahal dan perlu dibayar lebih RM1000 namun penjual tersebut turut tampil bersuara. -CARI
Sumber: XTRA
|
|
|
|
|
|
|
|
Musim retis semikin rungut rege mkn mahai.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam orang dok ngata, tapi aku nak tahu juga, hasil siasatan nanti, betul kah kedai tu main taruh harga. nak juga tau. Kot mmg ya, bagus juga untuk semua orang. Kalau tak pun, sekurangnya semua orang pun boleh tahu dah mana harga pasaran yang relevan |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by opie5662 at 6-10-2023 11:46 AM
Dia pon sama merungut pasal brg mahal. Beli kat village grocer... Pas tu bising kata mahal masak sendiri dr makan kedai. Dah tentu2 ayam ko beli paket2. Fishball sume brand...
Org kedai beli borong... Bkn beli brg niaga kat village grocer.... Apooooooo bapok tuoooo ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|