CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4119|Reply: 32

Dulu Dipuji, Sekarang Aishwarya Rai Kena 'Troll'

[Copy link]
Post time 5-10-2023 08:55 PM | Show all posts |Read mode
Sejak dua hari lalu, penampilan Miss World 1994 itu pada Minggu Fesyen Paris itu tular dan dijadikan isu provokatif dalam pelbagai platform media sosial.


“Plastik! Dia lebih cantik sebelum ini”.


Itu antara komen jahat netizen terhadap perubahan wajah aktres Bollywood, Aishwarya Rai yang didakwa kelihatan sembab berpunca daripada suntikan botox.






Banyak lagi komen lain yang ditujukan kepada Aishwarya dengan rata-ratanya berbaur ejekan dan kutukan melampau.


“Wajahnya umpama menggunakan separuh daripada plastik di tengah lautan,” kata seorang netizen yang kecewa andai spekulasi bintang kesayangan menjalani operasi demi awet muda itu benar.


“Seseorang patut menasihatkannya supaya menambah ‘filler’ sebulan sebelum menghadiri majlis itu,” ungkap peminat lain pula.


Komen berbaur hinaan dan sindiran mula membanjiri platform media sosial sejak video isteri kepada Abhishek Bachchan itu berjalan di pentas ‘runway’ majlis gah tersebut tersebar.


Biarpun anggun mengenakan gaun emas bergemerlapan dengan langkah meyakinkan, ramai tetap menjadikan perubahan wajahnya terutama pada bahagian pipi dan dagu sebagai bahan perdebatan.


Bermacam-macam spekulasi dibangkitkan sehingga isu botox atau penggunaan filler mengenainya menjadi trending dalam platform X.


Rata-rata netizen berpendapat aktres yang pernah tersenarai antara wanita paling jelita di dunia itu mengaplikasikan suntikan botox berlebihan demi kelihatan muda.


Pada masa sama, sebilangan netizen menasihatkan figura berusia 50 tahun itu memecat pasukan botox yang melakukan rawaran terhadapnya.


Situasi tidak terhenti begitu saja kerana seperti tidak puas mengejek wajah, dandanan rambut serta pemilihan persalinan ibu anak satu itu juga teruk dikutuk teruk sehingga disamakan dengan makhluk asing.


Jika membaca satu persatu komen, sangat pedih kecaman dilontarkan termasuk gelaran hodoh dan gemuk, namun semua itu tidak diendahkan peminat setianya.


Berbaik sangka, ada peminat menganggap perubahan wajah Aishwarya sesuatu yang normal berikutan pertambahan usia dan berat badan.


Bagi mereka, bintang Devdas yang menjadi heroin puluhan filem pecah panggung itu tetap memiliki kecantikan semula jadi tanpa memerlukan bahan sokongan lain.


Biar apa pun tanggapan ramai, bagi pengikut tegarnya, selebriti kesayangan mereka itu tetap berjaya memukau mata semua dan pentasd runway acara berprestij tersebut sudah menjadi bukti bahawa Aishwarya yang tidak pernah pudar pesona.


Pada acara yang berlangsung di Theatre Le Palace tersebut, ramai selebriti Hollywood turut diundang termasuk Kendall Jenner, Katherine Langford, Eva Longoria, Elle Fanning dan Camila Cabello.




Sumber: Kosmo! Online

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2023 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
sayang muka dah lawa gasak pi repair.kalau menjadi takpe jugak membengkak je tngok.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2023 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia kalau pegi buat plastik kat korea could be better.. jangan American hauk nampak fake
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2023 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Baju tu rasa sebab nk cover bdn berisi kot.. Usia dia still kategori cantik.. Nk body mcm jlo ssh la.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2023 12:51 AM | Show all posts
lanacondor: Baju tu rasa sebab nk cover bdn berisi kot.. Usia dia still kategori cantik.. Nk body mcm jlo ssh la.

kalau u tengok power rangers yang kat netflix tu
yang pink ranger diorang panggil cathrine sutherlane.
terkejut i tengok badan dia. tapi still rilek berlakon power rangers.
padahal dah mak budak.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2023 09:35 AM | Show all posts
Baju dia mmg hauk yaach
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-10-2023 10:09 AM | Show all posts

Rupa sheols dah lain sangat ke?
Aiols rasa takde la beza sangat. Mungkin faktor berat badan dan umur sahaja yang mesti diambil kira.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2023 10:19 AM | Show all posts
Dh 50 & makin gundu. Klo tak buat sesuatu pun muka takkan secantik dulu. yedok.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2023 11:17 AM | Show all posts
part bawah dagu dia tu apsal tak operate sekali?asyik kene cover ngan rambut
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2023 12:06 PM | Show all posts
lanacondor: Baju tu rasa sebab nk cover bdn berisi kot.. Usia dia still kategori cantik.. Nk body mcm jlo ssh la.

boleh je tapi kena ikut rejim jlo la. aishwarya ni busy apa pun tak tau sbb anak sorang je, dah besar pun, patutnya dia dah boleh keluar masuk gym macam kareena kapoor tu..baru berat berkurangan. or maybe dia stress dengan laki dia yg macam ajay devgan v2

Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2023 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakailah massager muka brand Anlan or apa apa brand.
Cer tgk dari day 1st hingga ke hari 40, muka sure anjal.
Tapaya nak jadi cam dia cuk botox cam Azza  or sapa sapa, muka jadi bengkak cendawan. Tak elok.
Try google massager muka tu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2023 10:42 AM | Show all posts
Mak aii xsangka dah 50 umur....cantik lg
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2023 11:43 AM | Show all posts
kat mata iols sheols still nmpk cantik
kalau sheols kurus sikit mesti lagi cun
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2023 03:40 PM | Show all posts
lawa je aish ni, dulu mcm pernah gemuk lepas melahirkan

pastu kurus sikit ni gemuk balik

boleh je dia nk jaga badan, tgk shilpa tu elok je kurus

Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2023 02:00 AM | Show all posts
She's still beautiful.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2023 12:44 AM From the mobile phone | Show all posts
cantik je lagi dia ni
satu je kakau boleh rambit tu ubah la style...takyah la tutup pipi tembam tu okayy je pipi tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2023 06:26 AM From the mobile phone | Show all posts
sayang nya dl she all cantik gilaaaa,she start dh nampak tk lawa lps beranak.pada hal time tu msh awal 30an.dulu yg cantik ,contoh shilpa nmpk maintain n lawa biarpun dh berusia.dh terblk dgn aish
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2023 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka dia pelik. Dia ni xmenua dgn cantik. And dia xpernah cantik di mata iols . Cantik yg biasa2 je. Lawa lg kajol, priyanka n rani
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2023 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
bitterchoc replied at 6-10-2023 10:09 AM
Rupa sheols dah lain sangat ke?
Aiols rasa takde la beza sangat. Mungkin faktor berat badan dan um ...

Gmbar atas tu pon dah edit rasanya. Cuba cari video dia
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2023 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 20-10-2023 01:26 PM
Muka dia pelik. Dia ni xmenua dgn cantik. And dia xpernah cantik di mata iols . Cantik yg biasa2 je. ...

Bagi aiols dia ni cantik tp ada lagi yg cantik dr dia, mcm Madhuri Manisha dulu tue cantik gila masa muda, for me, aishu ni cantik bila muka dia x de mekap mcm dalam Taal, Raavanan, Kandukondein,
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 06:10 AM GMT+8 , Processed in 0.078081 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list