View: 5287|Reply: 27
|
Jiran Tak Ada Common Sense, Dah Bagi Tumpang Garaj Percuma Tapi Biar Kereta Rosak Sampai Setengah Tahun
[Copy link]
|
|
Seorang individu bengang selepas membenarkan jiran meletakkan kenderaan di garaj di rumah yang disewakannya yang ketika itu masih belum ada penyewa baharu.
“Itu rumah saya tapi bagi sewa. Masalahnya sekarang, kereta itu milik jiran dan dia sudah pindah rumah.
“Kereta tu dia tak ambil... semasa rumah saya masih kosong (belum ada penyewa), pemilik kereta minta tumpang letak di garaj,” luahnya di laman Facebook.
Foto: FB
Menurutnya, masalah mulai timbul apabila dia sudah mendapat penyewa baharu.
Disebabkan kereta jirannya itu, penyewa terpaksa meletakkan kenderaan di luar rumahnya dan keadaan itu berlarutan selama hampir setengah tahun.
“Sekarang rumah tu dah ada penyewa dan terpaksa letak kereta di luar sebab kereta jiran saya ada... hampir setengah tahun dah dia tak datang ambil kereta,” tambahnya lagi.
Buntu, dia bercadang untuk membuat laporan polis kerana mahu menggunakan khidmat lori tunda bagi mengalihkan kenderaan tersebut ke lokasi lain.
Namun dia dimaklumkan bahawa kenderaan jiran berkenaan adalah di bawah 'jagaan'nya.
“Pergi IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) nak buat laporan dan nak panggil towing untuk alihkan kereta tapi polis tak bagi sebab kereta tu harta orang.
“Polis cakap kalau nak towing boleh tapi kereta jiran tu di bawah jagaan saya. Saya pula tinggal di daerah lain,” katanya.
Lebih memburukkan keadaan, jirannya tidak dapat dihubungi dan kereta yang berada di garaj rumahnya itu rupa-rupanya sudah rosak.
Luahannya itu menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen berhubung kejadian yang berlaku.
“Boleh guna pakai ke ‘hak orang’ sedangkan dia parkir dalam kawasan orang lain? Pelik juga undang-undang pun. Semoga dipermudahkan urusan tuan.
“Maksudnya kita bolehlah parkir kereta dalam rumah jiran? Sebab jiran tak ada hak atas harta kita walaupun kita parkir atas harta dia.
“Memang harta orang tapi dah lebih pula, pemilik dia tak bertanggungjawab. Kata minta tumpang dan bukan bayar sewa pun. Tak akan tuan rumah pula nak kena jaga sedangkan tuan kereta sendiri lepas tangan.
“Tumpang letak dekat ruang parkir balai, situ banyak petak kosong,” ujar beberapa warga maya.
Pun begitu, salah seorang pelayar mencadangkan kaedah yang boleh dilakukan tuan rumah sekiranya mahu mengeluarkan kenderaan tersebut dari garajnya.
Menurutnya, tuan rumah perlu menghantarkan mesej kepada pemilik kenderaan sama ada dapat dihubungi atau tidak, ia bukanlah masalah.
“Kedua, buat public announcement dengan tangkap gambar kereta tanpa sembunyikan nombor kenderaan dan minta pemilik datang ambil dalam tempoh 14 hari atau kereta akan dilupuskan.
“Ketiga, buat cover report polis dan maklumkan bahawa pemilik kereta telah dimaklumkan melalui nombor telefon terakhir yang diketahui, public announcement telah dibuat dalam Facebook dan tempoh 14 hari sudah tamat untuk diambil tindakan bagi melupuskan kenderaan.
“Keempat, panggil geng besi buruk dan jual kereta kepada mereka dengan menyerahkan salinan mesej yang dihantar, salinan public announcement dan salinan cover report kepada mereka,” katanya sambil dipersetuji beberapa warga maya yang mengakui pernah melakukan perkara sama. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Sedangkan ada yg sanggup polygamy scam tipu alamat. Heshe try ajelah buat public announcement seperti yg dicadangkan. Campak kereta tu jauh2.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kia carnival/Naza ria ke tu?
Berlambak aku tengok org tinggal kete ni tepi jalan dikawasan perumahan |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan2 owner dah mati tak?
Kalau masa tumpang letak kereta takde perjanjian apa2, tolak je lah kat kedai besi buruk |
|
|
|
|
|
|
|
semaknya ada mslh mcm ni. buat jer la public announcement agak2 tade yg mai tuntut buat mcm yg pengomen tu tulis. sgt afdal jual dijual kedai besi buruk. |
|
|
|
|
|
|
|
epal_putih replied at 4-10-2023 01:49 PM
Towing buang jerla mana²
Kan...report polis cakap mcm tu.
Tow je senyap² ke tmpt lain. Kalau jiran tu mai tanya, cakap ke eh mana ku tauuuu, itu kan rete ekauuuu |
|
|
|
|
|
|
|
memang suwey dpt jiran bodo mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
kan..kalau i pun buat gitu. Kosser la jaga besi buruk org..
|
|
|
|
|
|
|
|
Teringat kakpam tumpang kasut henbeg 2-3 thn lamanya dkt garaj acik halia lepas tu bising bila org tu lenjan brg2 dia |
|
|
|
|
|
|
|
Satu lagi segelintir orang bodoh. Patutnya dari mula jangan bagi tumpang orang lain letak kereta kat rumah atau kawasan rumah kau. Sudahlah ko pun tak duduk sana. Lepas tu memekak. Hadap jelah sorang2. Padan muka. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by delia3003 at 4-10-2023 10:05 PM
Burong_Hantuk replied at 4-10-2023 03:14 PM
memang suwey dpt jiran bodo mcm ni
Bukan bodoh, cunning dan selfish. Dah susahkan orang lain. Jiran yang baik hati tu dah terkena kalau owner kereta tu memang dah ada niat nak tinggalkan kereta rosak tu.
Sebenarnye bahaya tindakan jiran tu bagi kebenaran parking dalam kawasan rumah dia. Buatnye ada barang jenayah dalam kereta tu atau kereta curi. Buat baik berpada-pada. |
|
|
|
|
|
|
|
Jual je la kat besi buruk..duit pun dapat
Kalo owner dtg cari, ko ckp la "mana la saya tahu, saya kan seekor kucing...meow"
Pastu blah dgn muka selamba |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by SalenaGomez at 4-10-2023 10:26 PM
Keluarkan je kereta tu dan letak kat tepi jalan. Pastu call je majlis perbandaran bgtau ada kereta letak secara haram dan minta majlis alihkan. Kena rajin buat report berkali2 …
Polis pon 1, mcm salah je bagi maklumat. Mana boleh kira bawah tanggungjawab org tu.. dah lah owner tumpang park. So time bila jadi lability jiran tu pulak nak jaga keselamatan kereta tu
Better dptkan nasihat bantuan guaman ke. Polis ni kadang nak lepas kan batuk je. Pelik2 je nasihat mcm tu |
|
|
|
|
|
|
|
SalenaGomez replied at 4-10-2023 10:21 PM
Keluarkan je kereta tu dan letak kat tepi jalan. Pastu call je majlis perbandaran bgtau ada kereta ...
Aku pun terfikir mcm tu. Biar pbt tow kereta tu tapi tindakan ini akan menyusahkan orang awam lain yang terpaksa hadap kereta buruk tu. Walaupun kita report pbt,akan ambil masa lama juga disebabkan kena tampal notis amaran dulu. Sebab tu di Malaysia ni kena ada undang-undang khas pelupusan kereta buruk dan tersadai ni. Maknanya jika kereta tu tidak dialihkan atau tak bertuan dalam sebulan,terus tow dan scrap. Kereta tersadai ni berlambak di kawasan perumahan. Aku setuju sangat jika ada rules sesiapa nak beli kereta mesti ada kotak dan permit parking di rumah. Kalau tak ada petak parking,tak boleh beli kereta. |
|
|
|
|
|
|
|
naza ria kalau major rosak sakit poket jgk nk repair |
|
|
|
|
|
|
|
speechless..... dah tak dapat hubungi, apa masalah dia heret je kereta tu keluar letak tepi jalan sana? ................... benda kecik jadi masah besar, payah.... payah......... |
|
|
|
|
|
|
|
sampai berbulan ko biar je,ape salahnye ko kuarkan sedikit modal,x sampai 200,panggil towing,hantar kat kawasan berdekatan yg ada paking awam,
xperlu nk berurusan dengan polis akan jadi lebih rumit...
|
|
|
|
|
|
|
|
nak heret tu pakai modal bro,masalahnya dia xnk kuar modal,sume nak free....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|