CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4557|Reply: 0

Hun Haqeem Selamat Jalani Pembedahan ACL, Hairul Azreen Siap Kongsi Tutorial Gerak Kaki

[Copy link]
Post time 4-10-2023 12:17 PM | Show all posts |Read mode
Terjatuh ketika menjalani penggambaran drama W: Two Worlds beberapa bulan lalu, Hun Haqeem selamat menjalani pembedahan pada bahagian lutut akibat kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL).


Pembedahan dijalankan pada Selasa di Hospital Pakar Universiti Kebangsaan Malaysia Kuala Lumpur dan dia dijangka dibenarkan pulang selepas menjalani pemeriksaan pada Rabu.


Foto: IG




Kata Hun, 25, kakinya masih belum boleh dapat bergerak dengan baik namun masih dapat tidur lena selepas selesai pembedahan.


"Syukur semuanya berjalan lancar. Saya mungkin dibenarkan pulang hari ini (Rabu) selepas doktor melakukan pemerikasaan.


"Semalam dapat tidur dengan baik. Cuma masalah tak boleh nak pusing-pusing (kaki). Semuanya baik sahaja," katanya kepada mStar.










Hun turut berkongsi perkembangan dirinya itu menerusi beberapa video yang dibuat naik di Instastory pada pagi Rabu.


Tambah Hun dia juga akan mengambil masa rehat dari dunia lakonan agar kecederaan itu dapat sembuh sepenuhnya.










"Kata doktor tempoh matang mungkin enam bulan tetapi ambil masa empat minggu untuk saya boleh berjalan secara normal.


"Jadi saya memang buat keputusan untuk berehat sekejap. Mungkin awal tahun 2024 baru saya akan kembali berlakon.


"Semua komitmen kerja pun sudah diselesaikan sebelum jalani pembedahan. Jadi sekarang fokus untuk rawatan fisioterapi," ujarnya.








Aktor ini turut juga memberitahu rakannya iaitu pelakon Hairul Azreen turut membantu berkongsi tip kerana dia juga pernah menjalani pembedahan sama sebelum ini.


"Terima kasih kepada Hairul yang hantar video tutorial beritahu apa yang perlu buat selepas pembedahan.


"Bersyukur ada sahabat seperti dia," jelasnya. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 05:44 AM GMT+8 , Processed in 0.045712 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list