CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2495|Reply: 0

[Johor] Peladangnita bantu suri rumah komersial bunga telang

[Copy link]
Post time 4-10-2023 10:31 AM | Show all posts |Read mode


JOHOR BAHRU: Peladangnita negeri Johor memperluaskan peranannya membantu wanita khususnya suri rumah membabitkan diri dalam bidang pertanian termasuk mengkomersialkan bunga telang untuk meningkatkan pendapatan keluarga.


Sejak ditubuhkan pada 2014, Peladangnita mempunyai seramai 38,296 ahli daripada 29 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) seluruh Johor.

Pengerusi Peladangnita Johor, Zarina Mohamed Bain, berkata terbaharu pihaknya menandatangani Perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) Pengedaran Air Bunga Telang bersama Peladang Urus Sdn Bhd.

Katanya, projek air bunga telang dimulakan sejak tahun lalu dan melalui beberapa kali proses penyelidikan dan pembangunan (R&D).

"Setakat ini, sebanyak 4,500 botol jus bunga telang dipasarkan dalam tempoh lapan bulan dan jumlah itu dijangka meningkat susulan permintaan terhadap jus bunga telang.

"Jus dibotolkan di kilang di Pagoh, Muar ini mendapat sambutan baik kerana ramai menyedari khasiat bunga telang kepada kesihatan.

"Saya yakin dengan langkah seterusnya yang akan diambil termasuk permohonan sijil halal ia akan melonjakkan lagi jualan jus bunga telang," katanya ditemui pada majlis MoU
pengedaran air bunga telang antara Peladang Urus Sdn Bhd dan Peladangnita di Insititut Pengurusan Peladang, Jalan Pandan di sini, baru-baru ini.

Bantu tingkatkan pendapatan keluarga
Zarina berkata, bunga telang atau nama saintifiknya 'Clitoria Ternate', lebih dikenali sebagai pewarna makanan khususnya dalam pembuatan nasi kerabu dan kuih-muih.

Namun, Peladangnita Johor menyedari khasiat bunga telang kepada kesihatan, dan mengambil inisiatif menghasilkan minuman air bunga telang di dalam botol.

"Air bunga telang yang dikomersialkan ini juga dapat membantu ahli terutama suri rumah untuk menambah pendapatan.

"Pembuatannya dimulakan tahun lalu. Benih bunga ini diberikan kepada Peladangnita di daerah.

"Pokok bunga telang mudah hidup dan sering ditanam di halaman rumah. Seramai 36 ahli Peladangnita mengusahakan tanaman bunga telang ini.

"Peladangnita membeli bunga telang yang kering untuk diproses menjadi air dan harganya mencecah RM120 sekilogram," katanya.

Selain itu, seramai 60 ahlinya juga diberi kursus pertanian moden dan penternakan madu kelulut.

Katanya, kursus itu mendapat penyertaan menggalakkan dengan seramai 60 ahli Peladangnita.

"Kami melihat terdapat permintaan madu kelulut. Malah ada juga beberapa ahli yang sudah mempunyai kawasan penternakan lebah madu kelulut secara kecilan di rumah.

Beliau turut menawarkan geran sepadan dalam komuniti kepada Peladangnita yang berminat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 04:56 AM GMT+8 , Processed in 0.202730 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list