|
GAMBAR hiasan. FOTO Bernama
Kuala Terengganu: Kerajaan negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM3.45 juta sebagai persiapan menghadapi musim tengkujuh tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar (Pengurusan Bencana), Hanafiah Mat berkata peruntukan daripada kerajaan pusat dan negeri itu bagi pembelian bahan mentah dan makanan serta keperluan lain seperti tikar, toto, selimut, tuala, kain batik dan kain pelekat.
Katanya, sebanyak RM1.948 juta disediakan kerajaan pusat manakala bakinya RM1.5 juta adalah peruntukan kerajaan negeri.
"Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menempatkan bekalan bencana di Depoh Simpanan Keperluan Bencana (DSKB) di Marang, 10 mini depoh dan 152 pangkalan hadapan yang terdapat di seluruh negeri," katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Ke-15, di sini, hari ini.
Hanafiah yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana negeri berkata, penghantaran bekalan keperluan bencana kepada penduduk di Pulau Perhentian dan Pulau Redang akan dilakukan minggu depan.
Katanya, JKM menyediakan sebanyak 580 pusat pemindahan sementara (PPS) yang boleh menampung seramai 147,600 mangsa banjir tahun ini.
Katanya, antara persiapan awal dilakukan adalah mengadakan latihan simulasi banjir di peringkat daerah.
"Walaupun banjir dianggap rutin tahunan di negeri ini, tetapi penduduk terutama yang tinggal di kawasan kerap ditenggelami air diingatkan bersiap sedia dan melakukan persiapan rapi terutama berpindah ke PPS," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... anjir-di-terengganu |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|