CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 665|Reply: 0

[Perlis] Tiga pasangan kembar pelbagai kaum curi tumpuan di Unimap

  [Copy link]
Post time 3-10-2023 12:00 PM | Show all posts |Read mode

TIGA pasangan kembar daripada pelbagai kaum sama-sama mendaftar dalam sesi pendaftaran pelajar baharu Sarjana Muda sidang akademik 2023/2024 di Universiti Malaysia Perlis (Unimap) di Pauh, Arau, Perlis semalam.-UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN



ARAU: Kehadiran tiga pasangan kembar daripada pelbagai kaum mencuri tumpuan dalam sesi pendaftaran pelajar baharu ijazah sarjana muda sidang akademik 2023/2024 di Universiti Malaysia Perlis (Unimap) di sini, semalam.

Mereka masing-masing merupakan pasangan pelajar Melayu, Nur Arifah Haznul dan Nur Arina,20; pasangan pelajar Cina, Teoh Ling Jie dan Teoh Ling Sheng,21,dan pasangan pelajar India, J.Mithunan Jegathesan serta J.Mithran Jegathesan,21.

Kehadiran pelajar kembar daripada tiga kaum itu cukup unik dan pasangan berkenaan ternyata teruja serta tidak sabar untuk menyambung pengajian di Unimap.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Nur Arifah dari Skudai, Johor berkata, dia dan pasangan menyambung pelajaran dalam bidang keusahawanan kejuruteraan manakala kembarnya pula dalam bidang komunikasi media baharu.

Katanya, dia dan kembarnya memilih Unimap kerana lokasinya yang jauh dari negeri kelahirannya selain tertarik dengan komen-komen positif melalui media sosial.

“Saya seorang yang sukakan cabaran dan peluang melanjutkan pengajian di Unimap adalah satu perkara yang saya harapkan.

“Ini kerana selain belajar, saya juga ingin mempelajari dan memahami budaya orang di Utara Semenanjung. Saya juga memilih Unimap kerana universiti ini menawarkan program yang diminatinya iaitu keusahawanan kejuruteraan.

Kembarnya, Nur Arina pula berkata, pemilihan Unimap kerana dia berkeyakinan terhadap universiti itu mampu merealisasikan impiannya.

“Hasil pengumpulan maklumat saya mendapati graduan Unimap cukup laris di pasaran pekerjaan dan inilah faktor penguat saya memilih Unimap,” katanya.

Bagi pasangan Teoh Ling Jie dan Teoh Ling Sheng, dari Kedah pula, mereka sememangnya meletakkan Unimap sebagai pilihan utama.

“Selain faktor berdekatan dengan keluarga, Unimap dipilih kerana minat kami terhadap program pengajian yang ditawarkan,” kata Ling Jie yang memilih bidang kejuruteraan elektrik.

Sementara itu, Naib Canselor Unimap, Prof. Dr. Zaliman Sauli berkata, seramai 2,135 pelajar baharu dalam sesi pendaftaran berkenaan masing-masing melibatkan 1,091 lelaki dan 1,044 perempuan.

“Bilangan ini jelas menunjukkan perkembangan yang positif dan sekali gus membuktikan bahawa program teknikal yang selalunya dipelopori kaum lelaki mula diminati oleh kaum wanita.

“Jumlah ini walaupun menunjukkan jumlah pelajar lelaki lebih ramai, tetapi boleh saya katakan bahawa persaingan bersama pelajar perempuan adalah sengit dengan perbezaan peratusan hanya 2.2 peratus,” katanya.

Beliau juga turut memberikan keyakinan kepada ibu bapa dan waris apabila berkongsi data kebolehpasaran graduan Unimap 2022 yang mencatatkan 97 peratus graduan telah memperolehi pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas bergraduat.-UTUSAN


https://www.utusan.com.my/nasion ... -tumpuan-di-unimap/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:47 AM GMT+8 , Processed in 0.049738 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list