CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 709|Reply: 0

[Politik] ‘Ceramah tak dapat sambutan, tapi tak bermakna PN lemah’

[Copy link]
Post time 3-10-2023 09:40 AM | Show all posts |Read mode
‘Ceramah tak dapat sambutan, tapi tak bermakna PN lemah’
Haspaizi Zain
Diterbitkan:  Oct 2, 2023 12:18 PM



Calon Perikatan Nasional (PN) Kasim Samat mengakui ceramah parti itu di Pelangai kurang mendapat sambutan memandangkan kawasan itu kubu kuat Umno.

Meskipun begitu Kasim ataupun lebih dikenali sebagai Cikgu Kasim tidak melihat kempen PN lemah, sebaliknya dia selesa berkempen dari rumah ke rumah.

"Saya tidak lihat kempen PN agak lemah, tetapi kaedah pergi ke rumah-rumah adalah lebih baik.

"Apabila kita buat seperti ceramah, ceramah kelompok saya tidak yakin  ramai masyarakat tempatan yang hadir. Sebab kawasan ini dikenali sebagai kubu kuat Umno.

"Untuk munculkan diri mereka dalam aktiviti besar sebegini, (mereka) segan," katanya ketika ditemui ketika berkempen di Felda Chemomoi, dekat Bentong semalam.

Madia sebelum ini melaporkan ceramah PN di Pelangai yang merupakan kubu kuat BN gagal mendapat sambutan masyarakat.

Ceramah PN di Felda Chemomoi yang dihadiri Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man pada 23 Sept lalu menyaksikan banyak kerusi kosong.

Begitu juga malam kelmarin, Pentas Anak Muda PN yang diadakan di Dataran Purnama, Simpang Pelangai hanya dihadiri hampir 200 orang.

PRK DUN Pelangai diadakan berikutan kematian penyandangnya,  Johari Harun dalam nahas pesawat ringan di Elmina, Shah Alam, pada  17 Ogos lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 7 Okt sebagai hari pengundian bagi memilih wakil rakyat baru kawasan itu.

Pilihan raya kali ini menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon BN, PN dan Bebas.

Pada pilihan raya umum lalu allahyarham Johari memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti 4,048 undi, menewaskan Kasim  yang mendapat 3,260 undi; Ahmed Wafiuddin Shamsuri daripada Pakatan harapan (PH) (2,031 undi) dan Isa Ahmad daripada Pejuang (65 undi).

Sementara itu, Kasim atau lebih dikenali sebagai Cikgu Kasim mendakwa sambutan yang diterimanya ketika kempen kali ini sangat luar biasa.

Ia berbeza dengan sambutan diterimanya pada kempen pilihan raya umum Ke-15 (PRU15) lalu yang menyaksikan beliau tewas.

"Penerimaan masyarakat sangat positif yang saya kira sangat luar biasa, berbanding ketika saya bertanding dalam PRU15 yang lepas," katanya lagi.

Tumpuan kempen Cikgu Kasim kini yang berbaki beberapa hari lagi akan tertumpu di kawasan pengundi bukan Melayu.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 02:54 PM GMT+8 , Processed in 0.178007 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list