CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6145|Reply: 15

Britney Spears ‘Buat Hal’ Lagi, Menari Pegang Pisau

[Copy link]
Post time 1-10-2023 02:00 PM | Show all posts |Read mode
Gara-gara menari sambil memegang pisau, bintang pop terkenal Britney Spears mencetuskan kebimbangan peminatnya.


Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, penyanyi berusia 42 tahun itu dilihat berpakaian seksi menari dengan menggunakan dua bilah pisau.





Tindakan ‘gila’ pelantun lagu Toxic itu sekali gus memancing perhatian peminatnya yang risau dengan tahap kesihatan  mentalnya.


“Adakah dia waras? Keadaannya begitu membimbangkan,” ujar seorang pengguna Instagram.


Lebih buruk apabila ada pengguna media sosial bertindak melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa sehingga anggota polis dilihat datang ke kediaman penyanyi tersebut.


Spears dalam maklum balasnya terhadap video itu meminta orang ramai agar tidak membuat laporan polis dengan menjelaskan perkara sebenar.


Katanya, alatan berkenaan bukan pisau sebenar dan tarian itu sekadar meniru aksi penyanyi Shakira menerusi salah satu persembahannya sebelum ini.


"Saya tahu saya telah membuat ramai bimbang tapi itu pisau palsu yang saya sewa daripada sebuah kedai di Los Angeles.

“Ini bukan pisau sebenar, tiada siapa perlu risau atau hubungi polis. Saya cuba meniru gerakan penyanyi kegemaran saya iaitu Shakira,” jelasnya.


Penyanyi itu didakwa berada dalam keadaan tertekan apabila perkahwinannya dengan bekas suami, Sam Asghari berakhir dengan perceraian pada awal September lalu selepas lima tahun bercinta.


Sebelum ini Spears pernah mendirikan rumah tangga dengan rakannya, Jason Alexander di Las Vegas pada 2004, namun perkahwinan tersebut kemudiannya dibatalkan.


Pada tahun sama, Spears berkahwin buat kali kedua dengan penari, Kavin Federline.


Menerusi perkahwinan tersebut Spears dikurniakan dua anak lelaki, bagaimanapun mereka bercerai pada 2007.





Sumber: Kosmo! Online

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2023 08:21 AM | Show all posts
Yg atas ni komen dari scammer anak haram celaka kah?
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2023 11:15 AM | Show all posts
BS ni klau d ikutkan ksian sbb rata2 yg dlm hidup dia cuma nakkan duit dia je, latest husband c Sam Asghari pun sma. Rupa2 nya ikut arahan apak BS.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2023 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
sian bs ni..pls buat comeback mcm nsync
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2023 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni mcm ada mental issue. Dah unfollow dah sbb mcm x sanggup nk tgk dia perbodohkan diri dia sndiri dgn joget hauk dia tu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2023 10:39 AM | Show all posts
gideoncross replied at 2-10-2023 11:15 AM
BS ni klau d ikutkan ksian sbb rata2 yg dlm hidup dia cuma nakkan duit dia je, latest husband c Sam  ...

tahla tapi meols rasa sheols seorang yang naif, sama naif macam di awal kemunculan single baby one more time girtuhhhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-10-2023 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian tgk hidup BS ni. Ada bapak pun tagune
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2023 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni sian betul. Circle dia semua lintah parasite. Mmg totally lost dlm hidup.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2023 05:30 PM | Show all posts
xde ke org yg ikhlas nk tlg dia ni bimbing ke arah life yg lebih bermanfaat.. hayoo sedehh btl
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2023 08:10 PM | Show all posts
hyie replied at 3-10-2023 10:39 AM
tahla tapi meols rasa sheols seorang yang naif, sama naif macam di awal kemunculan single baby one ...

Sng utk d prgunakn, rata2 yg dlm hidup BS ni cuma nakkan duit dia je. Ex laki pun sma, Sam Asghari pun rupa2 nya spy dri apak BS.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2023 08:10 PM | Show all posts
JahLupa replied at 3-10-2023 12:23 AM
Dia ni mcm ada mental issue. Dah unfollow dah sbb mcm x sanggup nk tgk dia perbodohkan diri dia sndi ...

Some say BS yg skrg ni BS clone, mcm Jamie Foxx. BS yg asal dh xde lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2023 08:11 PM | Show all posts
iolss replied at 6-10-2023 05:30 PM
xde ke org yg ikhlas nk tlg dia ni bimbing ke arah life yg lebih bermanfaat.. hayoo sedehh btl

Smua org dlm hidup dia cuma nakkan duit dia je & Justin Bieber ni BS versi llaki.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2023 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia punya life sama la mcm shila tu.. tp harapnye x la sampai si shila tu jd mental mcm BS ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
gideoncross replied at 10-10-2023 08:10 PM
Some say BS yg skrg ni BS clone, mcm Jamie Foxx. BS yg asal dh xde lagi.

Yup.. Ak ade baca jugak. Then, yg avril tu pn sama. Entah la, ini smua main dunia hollywood. Tp, sayanglah.. Dlu BS ni muka cute2 mcm tu.. Skrg ni, mcm entah la nk ckp.. Kesian ke dia.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 12:13 AM | Show all posts
Britney has lost her mind. Confirm.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2023 12:06 AM | Show all posts
Kentot_Wangi replied at 17-10-2023 09:49 PM
Yup.. Ak ade baca jugak. Then, yg avril tu pn sama. Entah la, ini smua main dunia hollywood. Tp, s ...

Sbb tu bukn BS yg asli.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 03:32 PM GMT+8 , Processed in 0.237167 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list