ANWAR berucap pada Majlis Ilmu Madani dan Sesi Dialog Perdana Menteri bersama pegawai Jakim di Kompleks Seri Perdana, hari ini. FOTO Bernama.
Putrajaya: Kejayaan sesebuah tamadun merupakan hasil pimpinan pemimpin yang mempunyai hati nurani yang bersih dan tidak hanya bergantung kepada kerangka ekonomi, sosial, pendidikan dan teknologi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata, tanpa ciri itu pada pemimpin, sesebuah tamadun akan runtuh sekiranya soal nilai dan akhlak tidak diberi tumpuan dalam agenda pembangunan tamadun.
"Dalam dunia moden dan teknologi maju, kena ada nilai dan akhlak. Tamadun yang runtuh bukan sebab ekonomi atau sosial, tetapi kerana tiada nilai dan akhlak, sebab itu tatakelola rosak.
"Apabila tatakelola lemah, negara akan jatuh," kata Anwar ketika menyampaikan amanat pada Majlis Ilmu MADANI dan Sesi Dialog Perdana Menteri bersama pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan agensi agama di Seri Perdana, di sini malam ini.
Anwar berkata, sejak beliau memimpin Kerajaan Perpaduan pada November lalu, agenda untuk mengangkat martabat Malaysia di mata dunia menjadi agenda utamanya dengan dibantu barisan Menteri Kabinet yang mewakili pelbagai kaum dan agama.
"Saya pegang jawatan ini, Alhamdulillah.. dan saya selesa. Saya tak perlu wang berjuta-juta untuk beli harta.
"Saya tidak perlukan itu, tapi saya nak buktikan sesungguhnya di Malaysia ini ada Melayu Islam yang berpegang dengan fahaman Islam dan boleh angkat martabat negara," kata beliau yang juga Menteri Kewangan.
Menyentuh peranan Jakim, Anwar berkata, peranan jabatan itu di bawah pimpinannya lebih luas berbanding sebelum ini kerana khidmat nasihat serta pandangan Jakim diperlukan dalam setiap urusan tadbir urus negara dan menyatakan penghargaannya terhadap setiap pandangan yang dikemukakan daripada agensi berkenaan.
Majlis Ilmu Madani dan Sesi Dialog Perdana Menteri bersama pegawai Jakim yang bermula 6.30 petang itu dihadiri kira-kira 300 pegawai hal ehwal Islam Jakim dari seluruh negara.
Hadirin turut bersolat maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Imam Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, Zulkeffly Adimun disusuli dengan bacaan doa dan tausiyah (nasihat) yang disampaikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Prof Madya Dr Luqman Abdullah dan kemudiannya mereka menunaikan solat isyak secara berjemaah.
Majlis ilmu sedemikian diadakan secara berkala di Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri, sejak diperkenalkan Anwar pada 22 Dis 2022 dengan pengisian tausiyah yang disampaikan ulama terkenal dari dalam dan luar negara serta solat secara berjemaah.
Antara ulama yang pernah menyampaikan ceramah di majlis berkenaan ialah Imam Besar Masjid Al-Aqsa Syeikh Dr Ekrima Sabri, ulama dari United Kingdom Syeikh Ahmed Mohamed Saad Al-Maliki Al-Azhari Al-Hasani dan ulama dari Gambia Syeikh Muhammad Haydara Al-Jilani.
Post time 30-9-2023 07:06 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Dia nak cakap apa sebenarnya?
Nak kata rasuah tu salah? Dia sendiri kena hukum penjara sebab kes rasuah
Nak kata amalan meliwat itu salah? Dia sendiri masuk penjara sebab meliwat jubur staff lelaki
Nak kata menari terkinja-kinja tak tahu malu itu akhlak yang buruk? Dia sendiri sering menari terkinja-kinja macam beruk
Nak kata mungkir janji & berbohong itu akhlak buruk? Dia sendiri sentiasa mungkir segala yg pernah dijanjikan dan asal bukak mulut saja menipu
Nak kata salahguna kuasa & jentera kerajaan itu nilai yg jahat? Dia sendiri guna polis, sprm, mcmc, AG chamber untuk menekan lawan politik dan mendiamkan rakyat
So dia nak cakap apa sebenarnya tentang nilai dan akhlak?
Post time 30-9-2023 11:15 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Ada walanon ckp paknon tu soekarno kecil.
Ada gak yg gelarkan dia mandela.
forumner gelar dia saidina ali.
Belum masuk lagi pemuja anggap heols sbgai anugerah tuhan, imam mahdi etc.