CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8413|Reply: 3

5 Tempat Menarik di Busan Yang Pati Buatkan Anda Teruja

[Copy link]
Post time 29-9-2023 04:01 PM | Show all posts |Read mode



Korea Selatan sememangnya telah menjadi salah satu negara utama pilihan pelancong Malaysia setiap kali tibanya musim cuti sekolah.

Di antara destinasi utama yang menjadi tumpuan ialah Busan kerana berbanding daerah lain di Korea Selatan, tarikan pelancongan di Busan ternyata lebih menambat hati rakyat Malaysia. Nak tak kalau kami kongsikan tempat menarik di Busan yang pastinya membuatkan anda tak sabar nak bercuti ke sana.

1. Yongsudan Park
Menara Yongdusan Park merupakan tempat menarik di Busan yang wajib anda kunjungi. Ia terkenal dengan reka bentuk bangunannya yang unik dan lain dari yang lain. Salah satu daripada tarikan di Yongsudan Park ialah Busan Tower yang mempunyai ketinggian 120 meter.

Busan Tower terletak di atas bukit dan lokasinya yang strategik membolehkan anda melihat pemandangan seluruh Bandar Busan dari sudut 360 darjah. Kalau anda nakkan pemandangan yang menyeluruh, kami cadangkan anda naik ke dek peninjau yang ada di menara tersebut.

Pemandangan pada waktu malam dan semasa matahari sedang terbenam semestinya memukau anda. Jangan lupa untuk bergambar sepuasnya di sini. Pastikan anda bawa baju sejuk kerana selepas pukul 6 petang, suhu di menara ini akan mulai sejuk dengan angin yang mula bertiup kuat. Kalau tak pakai baju sejuk, menggigil anda di atas tu nanti.

Selain Busan Tower, di Yongsudan Park juga terdapat The Busan Citizen Bell iaitu sebuah menara loceng besar di atas bukit yang digunakan untuk perayaan tertentu di Busan. pemandangan dari atas menara jam loceng ini juga sangat memukau. Anda boleh naik ke atas dengan menaiki eskalator yang disediakan, tak perlu berpenat menaiki tangga.

Di Yongsudan Park juga terdapat taman rekreasi Yongdusan  dan deretan kedai membeli belah Gwangbok Fashion Street. Setelah puas melihat pemandangan dari atas Yongsudan Tower & The Busan Citizen Bell, bolehlah anda bersantai ambil angin di taman rekreasi tersebut, sebelum membeli-belah di Gwangbok-dong Fashion Street.

2. Gwangbok-dong Fashion Street
Orang korea sememangnya terkenal dengan fesyen yang trendy dan up to date, terutamanya golongan muda. Oleh itu, Gwangbok-dong Fashion Street yang merupakan pusat fesyen di Busan menjadi tumpuan ramai untuk membeli-belah pakaian.

Di Gwangbok-dong Fashion Street terdapat butik yang menjual pelbagai jenis pakaian yang up to date. Di sini bolehlah anda cari pakaian ala-ala artis kpop pujaan anda. Namun, harga pakaian di sini mungkin agak mahal kerana ia merupakan kawasan butik mewah dengan fesyen terkini.

Tapi jangan sedih, lepas ni kami akan kongsikan kat mana tempatnya untuk anda bershopping dengan harga yang jauh lebih murah.



3. Huaendae Beach
Pantai Haeundae merupakan pantai paling popular di Korea Selatan terutamanya pada musim panas. Pada waktu siang, anda boleh melihat puluhan ribu manusia berjemur dan bersantai di sepanjang pantai ini menikmati pemandangan dan suhu musim panas.

Pemandangan di pantai ini sangat cantik, dengan pasirnya yang putih dan halus, dan air laut yang membiru.

Di Pantai Haeundae juga terdapat banyak hotel dan restoran. Ada juga restoran halal di sini, cuma anda perlu rajin mencari.

Kalau anda nak bermalam di Pantai Haeundae, terdapat hotel dengan harga berpatutan di sini. Kami cadangkan anda bermalam di sini kerana pada waktu malam, suasana Pantai Haeundae sangat meriah dengan persembahan artis jalanan. Artis jalanan di sini ala-ala artis kpop yang menjadi pujaan seluruh dunia, maka bolehlah anda ambil kesempatan untuk menonton persembahan artis kpop secara percuma.

Menariknya, di Pantai Haeundae juga terdapat satu lapangan untuk sukan sumo. Di sini anda bukan sahaja boleh melihat para pemain berlawan sumo, malah kalau anda nak cuba bersumo, pun boleh.


Cubalah, pastinya pengalaman bersumo di Pantai Haeundae semasa bercuti ke Busan akan menjadi memori manis dalam hidup anda. Jangan lupa untuk bergambar sambil bersumo.

Selain pantainya yang cantik dan peluang untuk bersumo, di Pantai Haeundae juga terdapat Busan Aquarium. Kalau anda bercuti bersama anak kecil, atau anda jenis pencinta binatang terutamanya ikan, bolehlah luangkan masa di Busan Akuarium. Terdapat ribuan spesis ikan dipamerkan dalam tangki besar di sini. Anda pasti terhibur melihat ikan-ikan pelbagai warna, saiz, dan jenis berenang di sekeliling anda.

4. Gwangan Beach
Selain Pantai Haeundaem, Pantai Gwangan juga menjadi tumpuan di Busan kerana pantainya yang cantik.

Apa yang menarik, dari Pantai Gwangan, anda dapat melihat Jambatan Gwangan yang merupakan sebuah jambatan dua tingkat.
Menarik, kan? Kalau anda belum pernah melihat jambatan dua tingkat, jangan lepaskan peluang untuk ke Gwangan Beach. Kami cadangkan anda datang ke sini pada waktu malam kerana pemandangan jambatannya lebih cantik dengan sinaran lampu.

5. Taejongdae
Selain Pantai Haeundaem & Pantai Gwangan, Taejongdae juga terkenal di kalangan pelancong Malaysia yang bercuti ke Busan. Kami cadangkan supaya anda jangan lepaskan peluang untuk singgah di sini.

Taejongdae merupakan kawasan berbukit dengan pemandangan laut yang mengasyikkan. Ia menjadi tumpuan ramai terutamanya pada waktu matahari terbenam. Keindahannya tak dapat digambarkan dengan kata-kata.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2023 04:17 PM | Show all posts
tempat zombie tak ada ke
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2023 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
anakjiran replied at 29-9-2023 04:17 PM
tempat zombie tak ada ke

Kan train to Busan.. maknanya Busan takde zombie..
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2023 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak payah la pi ke Haeundae beach.. takde apa sgt kat sana..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:11 PM GMT+8 , Processed in 0.368943 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list