View: 7148|Reply: 84
|
Jadi Lubuk LGBTQ, Ramai Ibu Bapa Mula Elak Hantar Anak Ke Sekolah Berasrama Penuh
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA –Majoriti ibu bapa mula berhati-hati untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah berasrama kerana bimbang pengaruh sosial yang semakin teruk.
Zaman kini anak-anak semakin terdedah dengan pengaruh media sosial termasuklah penglibatan ke dalam dunia Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).
Seorang pengarah urusan sebuah syarikat, Fahdi Ghazali berkongsi kisah rakannya yang enggan menghantar anak mereka ke sekolah berasrama kerana melihat lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.
Gambar Hiasan
“Kawan saya doktor bagitahu dia tak akan masukkan anak-anak dia ke sekolah asrama penuh. Saya terkejut sebab kawan saya ni asalnya dari sekolah asrama penuh. Dia kata sekarang semuanya berbeza.
“Anak-anak kita sekarang terdedah dengan dunia luar. Contohnya LGBT sebenarnya sudah meresap ke dalam anak-anak kita tapa sedar. Sebab mereka selalu tengok video-video.
“Kalau mereka terjebak dari awal, mereka susah nak kikis benda tu bila mereka dah tua,” katanya menerusi perkongsian video di TikTok.
Menurut Fahdi, ibu bapa harus memainkan peranan sewajarnya dengan memantau pergerakan serta aktiviti anak-anak termasuklah ketika mereka berada di rumah.
“Jadi jaga-jaga tengok anak-anak kita tengok apa. Apa yang berlaku kebobrokan (kehancuran) masyarakat akan bermula dan dia bermula dengan serius,” pesannya.
Selain itu, Fahdi sempat bertanya kepada rakannya itu mengenai perancangan yang perlu diberikan kepada anak-anak bagi mengelakkan perkara itu berlaku.
“Sudah tiba masanya untuk penuhkan dada mereka dengan apa yang Islam ajar. Suruh mereka pandai silaturahim, jangan duduk dalam bubble sorang-sorang, selalu bercakap dengan yang lain.
“Selain itu, pastikan mereka dekat dengan agama,hantar ke sekolah agama peringkat awal ni supaya mereka tahu halal dan haram,” terangnya.
Di ruangan komen, ramai ibu bapa bersetuju dengan pendangan tersebut dan ada yang berkongsi kisah anak-anak mereka setelah dihantar ke sekolah berasrama.
“Ini kisah anak saya sendiri, masa tingkatan tiga saya hantar dia ke sebuah sekolah berasrama dengan harapan dia lebih fokus dalam pelajaran.
“Namun, saya silap, selepas tiga bulan perangai anak mula berubah, setiap kali balik rumah dia akan berkunci duduk dalam bilik. Satu hari aktiviti anak saya terbongkar apabila saya ke biliknya ketika dia tertidur dan lupa kunci pintu bilik.
“Terkejutnya saya sebagai ibu lihat telefon anak saya sedang pasang video lucah pasangan gay. Bila dipaksa anak mengaku, akhirnya dia bercerita dipengaruh kawan-kawan asrama, dan mereka di bilik bebas berhubungan songsang,” luah seorang pengguna dengan kecewanya.
Katanya, sejak dari peristiwa itu dia dan suami mengambil keputusan menukarkan anaknya ke sekolah menengah harian biasa dan sentiasa memantau setiap aktiviti yang dilakukan.
Seorang lagi pengguna TikTok, Asyura Idham turut bersetuju apabila masalah sosial banyak tercetus dan bermula di sekolah berasrama gara-gara ibu bapa tidak dapat memantau anak-anak selalu sehingga mereka berani melakukan sesuatu di luar jangkaan. -CARI
Sumber: Kosmo |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Simpan anak lelaki bawah ketiak.... If tidak explore sexuality di boarding school... College/university or work place depa tahu juga.... Simpan anak bawah ketiak... Freetime leypak di masjid option terbaik |
|
|
|
|
|
|
|
indeed.. tapi tak dapat di elakkan, sbb lepas tingkatan 3, masuk tingaktan 4 mmg kena pandai cari lubang lain dr sekolah harian biasa.. zaman skrg, belajar ada degree pun buat grab/fpanda, kena p kv/smt/mtd, which is which is mak takottt
aku nk kena minta keja jd makcik dewan makan/mak gad lah pulak |
|
|
|
|
|
|
|
kadang, anak kita baik, tp di rosakkan oleh anak yg asuhan dia x baik, yg dr rumah pigeon hole gitu, aaa..
|
|
|
|
|
|
|
|
manehnya replied at 28-9-2023 06:29 PM
kadang, anak kita baik, tp di rosakkan oleh anak yg asuhan dia x baik, yg dr rumah pigeon hole git ...
Banyak jantan gay ini birah.... Suka kacau/flirt lelaki straight seperti cuba grooming kah apa untuk depa jadi gay.... Ini experience toklaki sendiri cerita... |
|
|
|
|
|
|
|
itulah.. sapa yg penah skolah asrama lelaki saja tahu la kan... ergh.. aku mmg masih simpan anak jantan bawah ketiak n celah lg.. sbb takut, tapi sada satu hari kena lepaskan juga... n that day is coming now
|
|
|
|
|
|
|
|
Sejahat2 kaum lgbtq+ ni belum lagi yg aku dengar diorang robek rahim dan bakar betina yg dibuntingkan...atau buang anak haram diorang ke dalam tong sampah. Ada ke?
So chill2 sket, we have to live with them. Best is to regulate them. Mavam kes refugees...tak bole tahan dari masuk, tapi kita bole manage the issues in better way like we did to Vietnam refugees, asingkan di Pulau Bidong...
Kalau asyik2 nk sapu bawah karpet, buat statement xenophobic ...takkan selesai masalah mcm Rohingya yg kita ada skrg.
That is, kaum gay ni kita wajar regularise kan, put some sorts of rules & regulations. |
|
|
|
|
|
|
|
manehnya replied at 29-9-2023 10:34 AM
itulah.. sapa yg penah skolah asrama lelaki saja tahu la kan... ergh.. aku mmg masih simpan anak j ...
Iols pun masuh simpan... |
|
|
|
|
|
|
|
Skrg ni buat grab & foodpanda pun sakit jugak. Dah tak mcm waktu covid dulu waktu orang berkurung dalam rumah. Dengar ura-ura foodpanda di Malaysia pun akan dijual kepada Grab. Bila ada single big player aje, gig worker lagi la tertekan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dwdrum replied at 29-9-2023 10:23 AM
Simpan anak lelaki bawah ketiak.... If tidak explore sexuality di boarding school... College/univers ...
Budak lelaki lambat mumayyiz... lambat baligh..
Eloknya kita sendiri pantau dia sampai 18.. bila dia dah buleh beza baik buruk... pantau pergaulan... pantau sifat curiosity and explore dia tu |
|
|
|
|
|
|
|
Tahfiz lagi bahaya kan?ada kes ustaz sendiri liwat student. |
|
|
|
|
|
|
|
herm... asrama puteri pun ada jugak.. huhu...
|
|
|
|
|
|
|
|
Laki iols kata skolah semua laki normal lh ada kes2 mcm ni..tp ikut ats individu jugak pndai bawa diri ke x.. haritu pegi old boys weeknd skolah dia i mcm ada byk gilaaa soalan di minda tp last2 laki iols malas layan nk jawab.. |
|
|
|
|
|
|
|
manehnya replied at 29-9-2023 10:57 AM
herm... asrama puteri pun ada jugak.. huhu...
Cuma tak seramai asrama jantan le.. sbb cat dinding ni bg aku menjijikkan, takde penetration... kecuali pakai dildo, mentimun, menterung
Mostly lesbian elok je kawen and senang berubah jadi straight balik |
|
|
|
|
|
|
|
betul la tu..i dduk asrama since form 1 smpai habis degree kalau lesbo tipu la takde siap suka pegang tetek orang tapi i slalu tepis je tangan lesbo ni..pastu kena la kuat iman jangan la sampai terjebak benda2 cmni..ada kaki n tangan kan apa masalah ko terajang je skali pemangsa tu kalau dia kacau kau..
|
|
|
|
|
|
|
|
nak kenal gay lesbian senang je. tp nak kenal bisexual dua alam ni hati2. sebab mereka bawa penyakit kelamin dalam rumah tangga |
|
|
|
|
|
|
|
brownstone replied at 29-9-2023 10:34 AM
Sejahat2 kaum lgbtq+ ni belum lagi yg aku dengar diorang robek rahim dan bakar betina yg dibuntingka ...
Banyak point overlooked ni. Reply #18 dah menjawab <> 40% persoalan u |
|
|
|
|
|
|
|
Setiap aliran ada problemnya. Dak convent, lesbo. All boys / asrama, gay. Co-ed, seks luar nikah so nak elak tu mcm xde maknanya. The best is to educate em and set the boundaries. Doa lah selalu supaya anak-anak kita selalu dalam rahmat dan lindungan Allah. Mcm line keje aku sendiri selalu campur ngan gay lesbo. As long dorang x kacau aku or offend aku, then I've no issues. |
|
|
|
|
|
|
| |
|