CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 15903|Reply: 24

KRU Belum Ada Perancangan Nak Buat 'Comeback'

[Copy link]
Post time 28-9-2023 06:03 PM | Show all posts |Read mode
Pengarah Urusan KRU Studios yang juga bekas trio KRU, Datuk Norman Abdul Halim memaklumkan kumpulan yang dianggotai bersama dua adiknya Yusry dan Edry tidak akan kembali mewarnai industri seni tanah air.


Norman, 51, berkata, jika persembahan kameo secara solo setiap mereka, mungkin boleh difikirkan contohnya Edry terbabit dalam kumpulan Mojo dan sebagainya.






"Untuk buat 'comeback' bertiga dah agak sukar kerana komitmen masing-masing. Rasanya susah. Buat masa ini tiada perancangan lagi. Saya tahu banyak permintaan untuk kami tampil semula.


"Lagu-lagu KRU pun trending. Mana -mana pun trending. Saya tahu, saya nampak dan hargai mereka yang masih sokong KRU walaupun sedar tak sedar KRU dah dibubarkan lima tahun lalu.


"Tapi orang masih nak dengar lagu-lagu dan saya rasa itu satu penghargaan besar yang diberikan oleh penyokong," katanya ditemui pada sesi tayangan ekslusif filem terbaharu terbitan KRU Studios berjudul Geng Sakau VS Hantu Ting Tong di Dadi Cinema Pavillion di sini, semalam.


Menurutnya peminat TikTok juga mungkin tidak mengenali KRU tetapi memuatkan semula lagu-lagu mereka.


"Saya bersyukur kerana masih lagi dilihat relevan di mata mereka. Saya pun tak sangka. Saya berterima kasih kepada teknologi seperti TikTok dan YouTube kerana kalau tidak kami memang dah terkubur macam itu sahaja lepas dibubarkan.


"Kalau tidak 'fanbase' kita makin lama makin menjalani proses penuaan, sama macam kita yang menjalani proses penuaan, kelab peminat pun menjalani proses penuaan. Tapi kami ada peminat baru dan saya rasa ia sesuatu yang positif," katanya.






Terdahulu, Norman mengumumkan pembubaran trio terkenal tanah air era 1990-an itu pada satu sidang media 18 April 2018.


Menurutnya, pembubaran rasmi akan dilakukan sebaik tamat persembahan terakhir KRU di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 6 Mei 2018.


Konsert Gergasi KRU25 berlangsung di Istana Budaya selama tiga hari mulai 4 hingga 6 Mei 2018.


"Setiap perkara pasti akan ada penghujungnya. Kami mempunyai perjalanan karier nyanyian menakjubkan sepanjang 25 tahun dalam industri muzik tanah air," katanya.


Norman berkata keputusan KRU untuk bersara sebagai penyanyi adalah supaya anggota kumpulan itu fokus sepenuhnya terhadap tanggungjawab masing-masing.


Dalam perkembangan berkaitan, filem Geng Sakau vs Hantu Ting Tong dalam genre komedi seram diterbitkan oleh Astro Shaw & KRU Studios akan disiarkan menerusi Astro First bermula 5 Oktober depan.


Filem arahan Waan Hafiz ini menampilkan barisan pelakon popular seperti Bell Ngasri, Shashic Lewan, James Arokisamy, Nabila Razali, Aziz M. Osman, Chew Kin Wah dan Chelsea Ng.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2023 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
kru tetap di hati kaks ;)
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2023 07:44 PM | Show all posts
takyah la... boyband tua bapak2 orang macam tak manis nnt acik2 tergedik2
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2023 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Hopefully masa final GVAS adalah KRU buat performance yee.. Hahhaha
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2023 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
walau byk lagu techno tp sedap utk santai2. byk kenangan dalam lagu2 KRU ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2023 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Takyah la comeback, lagu bukan best pun. Klo suara best mcm penyanyi indon xpe jugak . Andmesh biasa2 pun soreerrr lg sedap dr mlysian singer. Pkcik kru, klu rasa sorer sndiri tu sedap, better bljr tarannum sbb usia dh senja
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-9-2023 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
sleepandream replied at 28-9-2023 07:44 AM
takyah la... boyband tua bapak2 orang macam tak manis nnt acik2 tergedik2

Yelah, tak manis penonton tergedik-gedik.


Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2023 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat comeback atau tidak pun, royalti tetap jalan kan ?

Edry tu akan stay di UK at least 4 tahun lagi sampai umur anak special tu 20 yo
Aman-aman je kat sana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2023 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kangkung1M replied at 28-9-2023 08:54 PM
Yelah, tak manis penonton tergedik-gedik.

Alahaiiiii tilam toto dgn tilam king bed tergedik2... bergegar... babats dgn tulang!

Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2023 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Kangkung1M at 28-9-2023 09:57 AM
Dolmat replied at 28-9-2023 09:09 AM
Alahaiiiii tilam toto dgn tilam king bed tergedik2... bergegar... babats dgn tulang!

{: ...

Yang muda pon dah macam babat dengan tulang, bayangkan kalau warga tua naik syeikh masa konsert KRU nanti. Hahaha risau aku.

Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2023 09:58 PM | Show all posts
ahhhh tak payah la. be realistic sikit korag tu membosankan
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2023 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Please jgn buat kambek! Mak x sudi tgk muka bengkak bengkil terkinja kinja atas pentas
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2023 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak kisah pun org ckp

Aku tetap suka dengar lagu2 mereka

Sebab Iols membesar dgn lagu2 mereka yg fresh tu

Sebelum kpop melanda dunia
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2023 01:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Fanatik antara yg best ..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2023 07:32 AM | Show all posts
k, kita nantikan
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2023 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
suara semua x sedap..x de satu lagu pun yg aku berkenan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2023 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Adik2 sepupu dulu siap ada scrap book khas huntok deme neh. Poster penuh dinding. Ke hulu ke hilir bersweater baggy

Dia punya demam lain maciam sampaikan kita pun berjangkit
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2023 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Kangkung1M replied at 28-9-2023 09:54 PM
Yang muda pon dah macam babat dengan tulang, bayangkan kalau warga tua naik syeikh masa konsert KRU ...

Kat manalah dorang beli level confident ni.

Babat bergegar nasib xretak lantai

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2023 08:40 AM | Show all posts
they should remastered or re-record all of their English songs. most of them sedap2.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2023 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Kangkung1M replied at 28-9-2023 09:54 PM
Yang muda pon dah macam babat dengan tulang, bayangkan kalau warga tua naik syeikh masa konsert KRU ...

Ya Rabbiiiii berhijabbbb dah masuk jin...

Nak kena ruqyah ni..  hahhaahgaggagaa!

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 05:43 AM GMT+8 , Processed in 0.063251 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list