CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7985|Reply: 0

[Kedah] Tokoh Imam Kedah bersyukur masih mampu laksana tugas pada usia 75 tahun

[Copy link]
Post time 28-9-2023 04:05 PM | Show all posts |Read mode

SULTAN Sallehuddin Sultan Badlishah mengurniakan Anugerah Tokoh Imam kepada Saidin Dogol sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Kedah di Alor Setar. -GAMBAR/ KEDAH ROYAL FAMILY


ALOR SETAR: Penerima anugerah Tokoh Imam sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Kedah bersyukur kerana masih dikurniakan kesihatan yang baik untuk beliau meneruskan tugas sebagai Imam Masjid Al-A’la, Jitra, dekat sini.

Saidin Dogol, 75, yang bakal menyambut ulang tahun kelahiran pada 9 Oktober ini juga gembira kerana anugerah tersebut merupakan satu pengiktirafan besar kepada pegawai-pegawai masjid di seluruh negeri yang terdiri daripada imam, bilal dan siak.

Menurutnya, beliau bermula sebagai siak pada tahun 2003 dan dua tahun kemudian dilantik sebagai bilal sebelum diberi kepercayaan menjadi imam sejak 2007 setelah berlaku kekosongan jawatan itu.

“Sejak awal penglibatan saya bertugas di kariah yang sama sehingga ke hari ini, Alhamdulillah masih lagi sihat untuk menjalankan tugas walaupun ketika ini berkhidmat secara kontrak setelah melepasi usia 60 tahun.

“Syukur Alhamdulillah kerana kepercayaan yang diberi oleh pihak tertinggi jawatankuasa pemilihan yang saya kira ini satu pengiktirafan kepada semua pegawai masjid negeri Kedah. Banyak lagi bahagian-bahagian lain, tetapi mereka pilih pegawai masjid untuk terima anugerah.

“Maka sudah tentu saya amat bersyukur apatah lagi saya berpendapat lebih ramai lagi yang hebat dan memiliki ketokohan untuk menerima anugerah ini tetapi inilah rezeki yang tidak dijangka daripada Allah Swt,” katanya ketika ditemui pemberita, hari ini.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah yang berkenan berangkat ke majlis sambutan tersebut bersama Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin.

Sementara itu, Sultan Sallehuddin turut mengurniakan Anugerah Khas Maulidur Rasul kepada bekas Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Allahyarham Leftenan Kolonel (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub.

Timbalan Pengarah APM Kedah, Mejar (PA) Mohd. Muaz Mohd. Yusoff yang mewakili keluarga Allahyarham berkata, anugerah itu adalah atas sumbangan dan jasa bakti Awang Askandar selama berkhidmat sebagai Pengarah APM Kedah hampir enam tahun.

“Banyak sumbangan Allahyarham terutamanya kepada masyarakat Kedah di mana Allahyarham banyak terlibat dengan operasi banjir, memberi latihan kepada komuniti dan orang awam serta penglibatan dan kerjasama dengan jabatan dan agensi yang ada di negeri ini.

“Hari ini, pegawai-pegawai APM dan rakan-rakan Allahyarham turut hadir ke majlis ini untuk menyaksikan penganugerahan yang cukup bermakna ini,” katanya.

Beliau berkata, tayangan montaj mengenai Allahyarham itu nyata memberi kesan kepada semua yang hadir pada majlis itu terutamanya buat dirinya serta pegawai dan anggota APM yang lain.

“Walaupun kejadian yang menimpa arwah sudah empat bulan berlalu tapi kami semua rasa ia baru sahaja berlaku, kami terkesan melihat montaj itu kerana kehilangan seorang insan yang disayangi dan dihormati yang telah kami kenali sejak 2017. Sijil penghargaan, hadiah iringan dan wang berjumlah RM7,000 akan kita serahkan kepada keluarga arwah yang berada di Sabah,” katanya.

Allahyarham Awang Askandar, 56, meninggal dunia ketika misi menawan Gunung Everest menerusi Malaysia Everest 2023 (ME2023) pada Mei lalu selepas dikatakan terjatuh ketika berada pada ketinggian 8,000 meter dari aras laut. –UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... pada-usia-75-tahun/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 12:07 AM GMT+8 , Processed in 0.450974 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list