View: 2821|Reply: 0
|
Osimhen diejek kelab sendiri
[Copy link]
|
|
Pemain Napoli, Victor Osimhen memadamkan hampir kesemua gambarnya yang memakai jersi Napoli di Instagram. - Foto AGENSI
NAPLES, Itali: Victor Osimhen memadamkan hampir kesemua gambarnya yang memakai jersi Napoli di Instagram susulan akaun TikTok kelab Serie A itu melabelkannya sebagai 'kelapa'.
Penyerang itu membantu Napoli menjuarai liga buat pertama kali selepas 30 tahun pada musim lalu, tetapi dia menjadi mangsa ejekan berbaur perkauman oleh kelabnya sendiri di media sosial.
Turut dimuat naik ialah video kegagalannya menyempurnakan penalti ketika seri tanpa jaringan di Bologna, Ahad lalu.
Penyerang Nigeria itu sudah meledak 62 gol dalam 107 penampilan untuk Napoli, dan kegagalan menyempurnakan penalti adalah perkara yang jarang berlaku.
Kelapa - perang di luar dan putih di dalam - adalah gambaran kepada seseorang yang melupakan asal usul mereka dan berfikiran seperti orang putih.
Situasi itu mencetus spekulasi yang Osimhen mungkin akan meninggalkan Napoli pada jendela perpindahan Januari tahun depan.
Kontrak penyerang Nigeria itu di Napoli akan berakhir pada Jun 2025.
Ejen Osimhen, Roberto Calenda sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas kelab berkenaan. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... iejek-kelab-sendiri |
|
|
|
|
|
|
| |
|