CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1066|Reply: 0

[Kedah] Premis sedia makan tengah hari percuma kena ‘serbu’ penduduk

[Copy link]
Post time 27-9-2023 11:40 AM | Show all posts |Read mode

SUASANA Rumah Makan Percuma (RMP) yang sesak dengan kehadiran pengunjung setiap hari di Jalan Kangkong, Alor Setar.



ALOR SETAR: Penduduk setempat ‘menyerbu’ sebuah premis menyediakan makan tengah hari percuma di Jalan Kangkong, di sini sejak kebelakangan ini menyebabkan makanan yang disediakan habis kurang sejam.

Premis dinamakan Rumah Makan Percuma (RMP) milik usahawan ayam, Mazlina Kamarudin itu beroperasi dari pukul 12 tengah hari sehingga 2 petang menyediakan makan tengah hari untuk 500 pengunjung setiap hari.

Rata-rata pengunjung yang ditemui memberitahu, mereka beruntung kerana berpeluang makan di RMP itu setiap hari sekali gus dapat menjimatkan perbelanjaan keluarga seharian.

Menurut seorang pengunjung, Ali Hassan Awang, 60, yang berasal dari Kota Sarang, dengan kenaikan harga barang mentah termasuk beras ketika ini, RMP diibaratkan memberi rahmat kepada mereka.

“Alhamdulillah, ada RMP ini, sekurangnya jimatlah belanja saya dan isteri. Kami berdua sahaja di rumah, anak-anak semua duduk jauh. Nak bagi isteri masak, memang tak berbaloi sebab barang basah pun mahal.

“Beras sekarang pun mahal juga. Jadi, setiap hari kami ambil keputusan datang sini makan tengah hari. Jimatlah belanja sikit. Kalau makan kedai pun dua orang mesti RM20 ke atas,” katanya ketika ditemui di RMP hari ini.

Saad Dollah, 64, dari Bukit Besar berkata, dia dan isterinya juga sering singgah di sini untuk makan tengah hari dengan hidangan lauk ayam dan sayur itu.

“Kalau lalu sini memang kami singgah dan tak masuk dah kedai makan sebab nak jimat. Kat sini makan percuma sahaja, siapa nak bagi. Duit nak makan kat kedai itu boleh simpan atau beli barang lain.

“Sekarang, zaman ekonomi tak menentu, jadi, kena berjimat cermat. Kalau makan sini memang jimatlah RM10 ke RM20,” katanya.

Dalam pada itu, menurut Mazlina, RMP menerima kunjungan yang luar biasa sejak kebelakangan ini sehingga makanan yang disediakan tidak mencukupi.

“Dahulu kami sediakan untuk 350 orang kemudian naikkan ke 500 orang supaya lebih ramai dapat makan. Sejak kebelakangan ini makanan tak cukup kerana belum sejam makanan sudah habis.

“RMP adalah satu sedekah daripada syarikat kami Ayam Bismi, namun ramai juga yang datang menderma untuk buat kenduri di sini iaitu sedekah bahan mentah untuk sama-sama membantu orang yang tidak berkemampuan,” katanya.-UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... ena-serbu-penduduk/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 11:19 PM GMT+8 , Processed in 3.128431 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list