View: 742|Reply: 0
|
Man United bergaya benam Palace
[Copy link]
|
|
MARTIAL (dua kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. FOTO AFP
London: Manchester United menepis kritikan terhadap mereka apabila mara ke pusingan keempat Piala Liga dengan kemenangan 3-0 ke atas Crystal Palace, awal pagi tadi.
Bos United, Erik ten Hag dan pemainnya menerima kritikan hebat selepas permulaan musim liga yang mengecewakan.
Tetapi selepas kemenangan tipis ke atas Burnley pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), Ahad lalu, mereka memperoleh kemenangan kedua berturut-turut untuk sekurang-kurangnya mengurangkan tekanan yang dialami.
Alejandro Garnacho meletakkan United di depan pada separuh masa pertama dan Casemiro mengukuhkan kedudukan sebelum rehat sebelum Anthony Martial memastikan kemenangan apabila meledak gol ketiga pada separuh masa kedua.
Ketika United menjulang Piala Liga pada Februari lalu untuk menamatkan kemarau trofi selama enam tahun, ia dilihat sebagai permulaan era kejayaan baharu di Old Trafford.
Bagaimanapun United diselubungi oleh beberapa masalah di dalam dan di luar padang.
Tewas tiga daripada lima perlawanan liga pertama mereka, Ten Hag menerima kritikan hebat namun empat hari terakhir ini memberikan sinar harapan semula kepadanya.
"Saya rasa kami bermain agak baik dan menguasai permainan. Itulah yang kami mahukan," kata Ten Hag selepas perjudiannya melakukan tujuh pertukaran pemain membuahkan hasil.
"Kami melangkah setapak ke hadapan di Burnley terutama cara kami bertahan dengan baik. Masih banyak lagi yang perlu diperbaiki pada masa akan datang," katanya lagi.
Dean Henderson membuat penampilan sulung di Palace selepas meninggalkan United sebulan lalu, tetapi penjaga gol itu hanya bertahan 19 minit sebelum dilihat terhencut-hencut kerana mengalami kecederaan sebelum digantikan dengan Sam Johnstone.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ergaya-benam-palace |
|
|
|
|
|
|
| |
|