CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 538|Reply: 0

Allianz hampir sapu bersih Kejohanan MII 2023

[Copy link]
Post time 26-9-2023 10:03 PM | Show all posts |Read mode
Allianz hampir sapu bersih Kejohanan MII 2023

PEMENANG bergambar bersama replika cek dan medal yang dimenangi mereka.



Kuala Lumpur: Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia) hampir menyapu bersih Kejohanan Badminton Malaysia Insurance Institute (MII) 2023 apabila memenangi beregu campuran dan muncul naib juara kategori beregu lelaki.

Kejohanan terbabit menampilkan dua kategori iaitu kategori beregu lelaki yang menyaksikan penyertaan 18 pasangan manakala beregu campuran pula merekodkan 10 pasangan.

Kategori beregu campuran dimenangi Kenneth Ho dan Pamela Tee menewaskan rakan sepasukan, Abd Razak Ramlan dan Liang Kai Qi.

Sementara itu, pasangan Gary Mark Nagan dan Kumar Kannappan yang mewakili Allianz Malaysia pula kecundang kepada pasangan dari Lonpac Insurance di final.

Secara keseluruhan, Allianz Malaysia menghantar lima wakil masing-masing bagi kategori campuran dan beregu lelaki.

Awal bulan ini, Allianz Malaysia muncul naib juara Kejohanan Berpasukan Liga Badminton Malaysia Life Reinsurance.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad, Sean Wang berkata, pihaknya komited untuk menggalakkan penyertaan kakitangan syarikat insurans untuk menyertai kejohanan badminton yang dianjurkan itu.

SumbeR:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -kejohanan-mii-2023

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 10:53 AM GMT+8 , Processed in 0.054672 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list