View: 2486|Reply: 0
|
[Kedah]
'Tak sempat selamat barang, air masuk cepat'
[Copy link]
|
|
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/0926rscepat_1695710855.jpg)
Mohd Azhan Mahtar dan isterinya, Siti Aisyah Abdullah meranduk air selepas mengambil dokumen penting dan berpindah ke PPS SMK Changlun selepas rumah mereka di Kampung Nangmah ditenggelami air. FOTO ZULIATY ZULKIFFLI
Changlun: "Kami tak sempat nak fikir selamatkan barang-barang dalam rumah, cuma nak selamatkan diri dan keluarga sebab air masuk ke dalam rumah terlalu cepat," kata Mohd Azhan Mahtar, 35.
Mohd Azhan adalah penduduk Kampung Nangmah, di sini yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun selepas rumahnya dinaiki air sedalam hampir 1.5 meter.
Ini berikutan Sungai Temin melimpah ke kawasan kediaman penduduk di kampung itu akibat hujan lebat.
Dia yang bekerja sebagai pelayan restoran berkata, air mula memasuki rumahnya pada jam 8 malam tadi.
"Ketika itu, saya dan isteri (Siti Aisyah Abdullah, 35) serta anak kami, (Umie Nazirah Mohd Azhan, 5) bersiap sedia untuk berpindah selepas hujan lebat berterusan.
"Kira-kira jam 10 malam, kami sekeluarga dan lapan lagi keluarga berpindah ke PPS dengan bantuan pasukan bomba," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Mohd Azhan berkata, dia hanya pulang ke rumah pagi tadi bersama isteri untuk mengambil dokumen penting dan terpaksa meranduk air deras.
Katanya, mulanya dia menyangka air akan surut hari ini dan hanya keluar sehelai sepinggang tetapi arus makin deras menyebabkan dia tinggal terpaksa terus di PPS sehingga air surut.
Seorang lagi penduduk, Harisun Salleh, 67, berkata, banjir kali ini paling cepat dan air memenuhi dalam rumahnya selepas Subuh pagi tadi.
Katanya, air mula masuk di bahagian tandas rumah itu pada jam 10 malam tadi tetapi agak deras pagi tadi.
"Tapi makcik tak mahu berpindah sebab anak lelaki makcik (Wan Haryani Wan Yahya, 40) tak sihat tapi kalau air naik lagi tinggi, kami kena pindah jugak la.
"Sebelum ini rumah kami kerap dinaiki air apabila hujan lebat berterusan tetapi tak sangka kali ini cepat," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ang-air-masuk-cepat |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|