“Setengah orang bagi saya ada yang dah ‘move on’. Namun ada juga yang masih belum. Mungkin golongan yang tak ‘move on’ ini sebenarnya suka drama.
“Tak mengapalah, saya tahu untuk ‘move on’ itu memang memerlukan masa. Buat masa sekarang apa yang boleh saya katakan, saya dengan Ubai tak ada masalah.
“Kami dah lama tak bersembang. Tetapi kalau misal kata terjumpa di mana-mana acara hiburan atau sebagainya, saya akan profesional saja,”katanya.
Dalam pada itu, berkongsi mengenai lagu Akhir Cerita, kata Dalia, dia teruja berpeluang berduet dengan Aziz Harun yang disifatkan sebagai seorang penyanyi yang versatil.
Katanya, bersama Aziz, Dalia juga banyak belajar bagaimana untuk menghasilkan penulisan lirik dan ia merupakan satu pengalaman yang berharga buat dirinya.
Untuk info, Dalia pernah menjalin hubungan cinta dengan Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli,25, sebelum kemudiannya hubungan itu terputus di tengah jalan.
Ubai kemudiannya bertemu jodoh dengan Shila dan mendirikan rumah tangga dengan penyanyi tersebut pada 5 Ogos lalu.
Sumber: Utusan