CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2737|Reply: 4

Aim Crossfire Buntu Nak Cari Duit RM4000 Untuk Pembedahan Anak Kemalangan

[Copy link]
Post time 26-9-2023 12:41 PM | Show all posts |Read mode
Penyanyi kumpulan rock terkenal pertengahan era 1980-an,  Aim Crossfire buntu nak mencari wang sebanyak RM4,000 untuk membiayai pembedahan anaknya yang kemalangan.


Aim atau nama sebenarnya, Abdul Halim Hussin, 55, yang menetap di Muar, Johor berkata, anak sulungnya, Muhammad Aiman Hazim, 25, terbabit dalam kemalangan ketika pulang dari kerja malam Ahad lalu dan memerlukan wang sekitar RM4,000 untuk pembedahan.


Foto: Harian Metro




"Sebuah kereta tergesel dia menyebabkan dia hilang kawalan dan melanggar kereta yang ada di sebelah sehingga terjatuh.


"Ia mengakibatkan kepala sendi pinggul terkeluar dari soket dan patah. Malam kelmarin (Ahad) dia ditidurkan sebab nak buat pembedahan kecil.


"roses memasukkan tulang pinggul sudah dilakukan. Tapi doktor kata tulang pinggul yang patah itu belum dapat dibuat apa-apa sebab belum terima RM4,000 daripada pihak kami," katanya kepada Harian Metro.


Foto: Utusan




Jumlah ini hanya untuk pembedahan antaranya untuk membeli skru untuk menguatkan tulang, namun tidak termasuk bil hospital dan perbelanjaan perubatan.


"Yang sekarang saya jadi pening, mana nak cari RM4,000. Doktor kata kalau dapat bagi duit hari ini, Rabu atau Khamis dah boleh buat pembedahan itu.


"Maknanya pembedahan ini akan disempurnakan. Saya memang tak mampu nak sediakan jumlah itu kerana pendapatan saya pun bergantung kepada studio sahaja.


"Untuk cari jumlah itu dalam masa terdekat memang sukar. Saya berharap mana-mana pihak atau peminat boleh bantu mencukupkan jumlah ini," katanya.


Mereka yang mahu menderma boleh berbuat demikian menerusi akaun Public Bank Berhad 4053867802 atas nama Abdul Halim Hussin.


Crossfire popular dengan lagu Realiti dan Fantasi menerusi album pertama, Fatamorgana. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2023 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Takat 4k ni besa leh pinjam sedara mara/adik bradik dulu sikit sorg instead teruih mintak duit free.
Org nk beli mknan ruji pn nanges dh leni pakcik.
Mkn nasik pn dh bcatu.
Semoga dipermudah urusan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2023 04:02 PM | Show all posts
moga dipermudahkan
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2023 01:25 AM From the mobile phone | Show all posts
insurans motosikal bukan boleh claim ke klu kemalangan. Ni la masanya nk claim, dh bayar ssh buat pe x claim. Melainkan xde lesen/insurans xdpt la nk tlg.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2023 01:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:55 PM GMT+8 , Processed in 0.058603 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list