View: 1432|Reply: 5
|
Wanita Dedah Tak Pernah Datang Haid, Hidup Tanpa Rahim
[Copy link]
|
|
Amerika Syarikat: Seorang wanita mendakwa bahawa dirinya dilahirkan sebagai seorang wanita tanpa rahim dan mempunyai dua kemaluan.
Memetik laporan Detik Health, wanita yang dikenali sebagai Alyssa menyatakan bahawa kejadian berlaku apabila ibunya menyedari dia mempunyai dua kelamin ketika berusia 3 minggu.
"Ketika saya berumur kira-kira 3 minggu, saya mengalami hernia dan ibu saya membawa saya ke hospital.
"Mereka memeriksanya dan menyedari ia bukan hernia. Ia adalah testis dalaman," katanya.
Pada usia 11 bulan, Alyssa menjalani pembedahan untuk membuang buah zakar yang tidak berkembang sepenuhnya menjadi alat kelamin lelaki mahupun organ pembiakan wanita kerana dia tidak mempunyai rahim, tiub fallopio dan ovari.
Setelah usianya mencecah 11 tahun, kawan baiknya memberitahu bahawa dia telah datang haid untuk pertama kalinya. Namun, berbeza dengan dirinya yang tidak mempunyai rahim dan ovari.
"Saya pulang ke rumah dan bertanya kepada ibu saya. Dia berkata baiklah, mari kita ke ruang makan, kita akan berbual.
"Ibu kata saya tidak akan datang haid, tidak akan mempunyai ovari, tidak akan mempunyai rahim, tidak akan dapat anak. Dengan keadaan ini, awak secara biologi adalah lelaki.
"Saya sangat takut jika tiada siapa yang akan mencintai saya," katanya lagi.
Walau bagaimanapun, Alyssa kini sudah berusia 27 tahun menyatakan bahawa dia semakin memahami dengan situasi dan tidak malu untuk mendedahkan identitinya kepada umum kerana ingin memberi semangat kepada kanak-kanak yang mengalami keadaan yang sama sepertinya.
Sumber: Oh Bulan |
|
|
|
|
|
|
|
kiranya dia ni lelaki la sebenar nya..cam kes indon si aprilla tu last2 jadi lelaki |
|
|
|
|
|
|
|
ohhh macam2 kejadian manusia d dunia ni kaaannnn |
|
|
|
|
|
|
|
Perenggan pertama, mention
“Mempunyai 2 alat kelamin”
SubhanaAllah
mungkin dia dikategorikan khunsa… wallahualam |
|
|
|
|
|
|
|
Biasa laa memang ada pon.
Org ada rahim, tapi tak datang haid dan boleh pegnen ponn aku ada jumpa.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|