View: 608|Reply: 0
|
Ten Hag larang Sancho makan dengan rakan sepasukan
[Copy link]
|
|
SANCHO (dua dari kanan) bertelagah dengan Ten Hag.
London: Jadon Sancho bukan sahaja disisihkan daripada skuad utama Manchester United ketika sesi latihan tetapi pemain England itu juga dilarang daripada makan bersama dengan rakan sepasukan.
Sancho disisihkan daripada skuad utama oleh Erik ten Hag susulan pertelagahan dengan pengurusnya itu yang antara lain mendakwa pengendali dari Belanda terbabit tidak bercakap benar mengenai ketiadaannya dalam skuad yang tewas 3-1 kepada Arsenal.
Ten Hag dalam temu ramahnya berkata Sancho disisihkan dalam perlawanan di Stadium Emirates akibat tiada kesungguhan ketika sesi latihan, alasan yang sukar diterima pemain itu yang kemudiannya membalas balik di media sosial.
Pemain berharga £73 juta (RM417 juta) yang dibeli dari Borussia Dortmund pada 2021 mengkritik pengurusnya di Twitter yang sudah pun dipadam.
Sancho berkata: "Jangan percaya apa sahaja anda baca. Saya tidak benarkan orang berkata sesuatu yang sama sekali tidak betul. Saya bersungguh-sungguh ketika latihan.
"Saya percaya ada sebab lain yang saya tak mahu jelaskan. Saya menjadi kambing hitam sejak sekian lama yang tidak adil sama sekali!"
Walaupun tampak dia mengambil langkah awal untuk berdamai dengan pengurusnya itu, Sancho masih enggan meminta maaf kepada Ten Hag yang terus menyisihkannya daripada skuad utama.
Malah menurut laporan The Mirror, hukuman ke atas Sancho kini meliputi larangan menggunakan semua kemudahan di Carrington termasuk di tempat makan.
Sancho dikatakan tidak gembira dengan larangan itu yang menyebabkan dia terpaksa berlatih berasingan dengan skuad utama dan makan dengan pemain akademi. Sumber United melaporkan situasi membabitkan Sancho dan Ten Hag sudah mencapai tahap kemuncak.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... gan-rakan-sepasukan |
|
|
|
|
|
|
| |
|