CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4274|Reply: 0

Dadah RM1.64 Juta Dirampas, Suami Isteri Antara 17 Ditahan

[Copy link]
Post time 24-9-2023 07:22 PM | Show all posts |Read mode
Johor Bahru : Suami isteri antara 17 individu yang ditahan selepas disyaki terbabit dalam sindiket pengedaran dadah yang dikesan aktif sejak Julai lalu.


Semua 17 suspek terdiri daripada 12 lelaki tempatan, tiga wanita tempatan dan dua wanita warga asing ditahan dalam lima serbuan berasingan di sekitar Johor Bahru dan Iskandar Puteri antara 3 petang, Jumaat lalu hingga jam 9 pagi semalam.


Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, serbuan dijalankan sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor selepas polis melakukan risikan dan siasatan.


KAMARUL Zaman menunjukkan gambar suspek dan barang rampasan berkaitan 17 ahli sindiket pengedaran dadah yang ditahan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Johor. FOTO Nur Aisyah Mazalan



Katanya, polis berjaya menahan suami isteri berkenaan serta suspek lain bersama sejumlah dadah serta peralatan yang dipercayai digunakan untuk pembungkusan semula serbuk ekstasi.


"Modus operandi sindiket ini adalah dengan menyewa beberapa rumah di kawasan berpagar dan berpengawal untuk dijadikan stor simpanan dadah dan pembungkusan semula sebelum mengedarkannya ke pasaran tempatan.


"Dadah yang dirampas adalah 14.85 liter cecair ekstasi, 21.66 kilogram serbuk ekstasi, 598 gram ketamin, 102 gram pil erimin 5 dan 10 biji pil ekstasi.


"Semua dadah yang dirampas bernilai lebih RM1.64 juta dan dipercayai diperoleh dari luar negara ini.


"Dadah yang dirampas dalam operasi ini boleh digunakan oleh seramai 124,925 orang penagih dadah dan sindiket mensasarkan jualan di pusat-pusat hiburan.


"Mereka akan membungkus semula dadah ke dalam pembungkusan pelbagai jenis minuman," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini.


Kamarul Zaman berkata, selain dadah, polis turut menyita tujuh kereta, pelbagai barang kemas dan wang tunai berjumlah RM26,450 dan wang tunai SGD12,250 (RM44,568.52).


"Semua nilai barangan yang disita bernilai lebih RM1 juta menjadikan nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan bagi operasi ini sebanyak lebih RM2.64 juta," katanya.


Katanya, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati 10 daripada suspek itu positif methamphetamine, manakala hasil semakan rekod lampau mendapati sembilan daripada mereka mempunyai rekod berkaitan dadah dan jenayah.


Katanya, semua suspek yang berusia antara 17 hingga 55 tahun itu kini direman selama lima hari bermula semalam hingga Khamis ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-10-2024 06:20 AM GMT+8 , Processed in 0.259192 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list