|
VERSTAPPEN meraikan kemenangannya. FOTO AFP
Suzuka: Max Verstappen membantu Red Bull merangkul kejuaraan pengeluar Formula Satu (F1) serta mengukuhkan pemburuannya untuk muncul juara dunia kali ketiga berturut-turut selepas memenangi Grand Prix (GP) Jepun, semalam.
Pendahulu kejuaraan, Verstappen menamatkan perlumbaan di hadapan dua pemnadu McLaren, Lando Norris serta Oscar Piastri dan boleh mengesahkan kejuaraan dunia pada GP Qatar bulan depan.
Kemenangan Verstappen membantu Red Bull merangkul gelaran pengeluar buat kali kedua berturut-turut meskipun rakan sepasukannya, Sergio Perez gagal menamatkan perlumbaan.
"Anda membina sebuah kapal roket kereta," katanya menerusi radio pasukannya selepas melepasi garisan penamat.
Pencabar terdekat, Mercedes tidak dapat meneruskan saingan selepas Lewis Hamilton menduduki tempat kelima dan George Russell menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh.
Charles Leclerc dari Ferrari menduduki tempat keempat manakala rakan sepasukannya, Carlos Sainz di tempat keenam.
Verstappen kembali kepada prestasi terbaiknya selepas menamatkan perlumbaan di tempat kelima pada GP Singapura minggu lalu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ull-juara-pengeluar |
|