CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 648|Reply: 0

[Pulau Pinang] 2 saksi ketika hukum pelajar sudah terkandung dalam garis panduan

[Copy link]
Post time 24-9-2023 03:36 PM | Show all posts |Read mode

FADHLINA bersama Ketua Pegawai Operasi Farm Fresh, Azmi Zainal beramah mesra dengan murid di Pusat Multidimensi di Sekolah Kebangsaan Sungai Acheh di sini. FOTO Danial Saad

Nibong Tebal: Kementerian Pendidikan (KPM) menegaskan bahawa elemen perlu mempunyai dua saksi sebelum guru menghukum pelajar yang melakukan kesalahan disiplin sememangnya sudah lama dilaksanakan mengikut garis panduan ditetapkan.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya akan sentiasa mengulangi garis panduan itu kepada semua pihak khususnya warga pendidik dalam memastikan bahawa ia dipatuhi.

"Dua saksi sebenarnya (sudah lama ada) dan kita ada garis panduan (mengenainya). Yang kita (KPM) nak sekarang ialah patuhi garis panduan terbabit.

"Jadi kita sentiasa akan pertegaskan semula dan kita mahu semua pihak memastikan bahawa garis panduan ini dipatuhi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) NV Subarrow yang meminta pihak sekolah menetapkan peraturan sekurang-kurangnya dua guru perlu ditempatkan ketika mana-mana murid dikenakan hukuman atas kesalahannya di sekolah.

Cadangan itu disyorkan supaya ia tidak menjadi pertikaian antara pihak sekolah dengan ibu bapa di kemudian hari sehingga menyebabkan keadaan bertambah rumit.

Terdahulu, Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal ditemui selepas merasmikan Pusat Multidimensi di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Acheh, di sini, hari ini.

Fadhlina berkata, pada Jumaat lalu pihaknya melancarkan dua garis panduan penting berkaitan pengurusan kes buli dan gangguan seksual bagi menangani salah laku pelajar di semua institusi pendidikan.

"Selepas ini akan ada sidang atau sesi libat urus yang akan diperhebatkan untuk pastikan isu seperti ini (buli dan gangguan seksual) dapat kita tangani khususnya memberikan kecaknaan bagaimana proses dan garis panduan itu perlu dipatuhi," katanya.

Sementara itu, ditanya berhubung perkembangan susulan kebakaran di Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Tok Kandu di Permatang Pauh, Fadhlina berkata, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) mengambil tanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan murid terus mendapatkan pendidikan.

"Kita dah turun dan lihat (insiden kebakaran) serta berinteraksi dengan pihak bomba yang mereka minta sedikit masa nak siapkan laporan forensik dan sebagainya.

"Dalam masa sama, soal pendidikan anak-anak ini perlu diteruskan, itu komitmen utama kita. Walau bagaimana cara dan kesusahan sekali pun pendidikan ini akan diteruskan.

"Kita sudah bincang dengan sekolah, PPD dan JPN juga telah ambil tanggungjawab penuh untuk pastikan anak-anak terus mendapat pendidikan walaupun sekolah itu memerlukan sedikit masa untuk kita baiki," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... dalam-garis-panduan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 12:01 AM GMT+8 , Processed in 0.378174 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list