Susulan hantaran dibuat Haqiem itu, rata-rata netizen menghormati tindakan penyanyi lagu Tergantung Sepi ini dan menitipkan komen-komen positif untuknya agar dia dan isteri terus tabah menghadapi ujian hidup.
"Haqiem suami yang hebat, jangan pernah putus asa dengan ujian yang Allah bagi," tulis seorang netizen.
"Semoga hubungan Akem dan Sofea dirahmati Allah dan berkekalan sampai ke syurga," tulis seorang lagi netizen.
Tidak ketinggalan, ibu Haqiem iaitu Nazrah Nordin turut meninggalkan komen berbaur kata-kata semangat buat anak dan menantunya.
"Mak sentiasa doakan yang baik-baik untuk kedua anak mak.. amin.. cantiknya macam ni," katanya.
Terdahulu, Haqiem pada temubual media sebelum ini pernah berkata, kita ambil mana yang baik dan buang mana yang buruk berhubung keputusan isterinya itu
"Hidayah milik Allah", katanya ringkas ketika menjawab mengenai tindakan Anis Sofea yang membuka tudung dalam satu program hiburan.
Haqiem dan Anis Sofea bernikah di Masjid Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya pada 19 November 2021 dan mereka belum dikurniakan cahaya mata.
Sumber: Harian Metro