CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1145|Reply: 0

Bedal skuad Jang, JDT bergaya ke separuh akhir

[Copy link]
Post time 23-9-2023 11:42 PM | Show all posts |Read mode
Bedal skuad Jang, JDT bergaya ke separuh akhir


PEMAIN JDT, Juan Muniz (kanan) diasak pemain Negeri Sembilan FC Annas Rahmat (kiri) pada perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, hari ini. FOTO BERNAMA


Iskandar Puteri: Juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT) mudah melangkah ke separuh akhir selepas menewaskan Negeri Sembilan FC (NSFC) 4-1 dan layak secara agregat 7-1 dalam aksi suku akhir kedua saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahiim, di sini, sebentar tadi.

Dengan kemenangan itu, skuad kendalian Esteban Solari akan berdepan sama ada Perak FC atau Sabah FC yang akan membuat perhitungan di Stadium Perak, Ipoh, Isnin ini selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam aksi pertama di Stadiun Likas, 15 September lalu.

Pada aksi suku akhir kedua itu, Solari bertindak membuat rombakan apabila menurunkan Farizal Marlias mengemudi gawang gol selain kelibat Mahamadou Sumareh, Akhyar Rashid, Oscar Arribas, Syahmi Safari dan Syamer Kutty Abba tersenarai dalam kesebelasan utama.

JDT tidak menunggu lama untuk membuka akaun jaringan selepas bola hantaran lintang Juan Muniz pada minit keenam tepat kepada Bergson Da Silva yang sempat melayangkan badan untuk menanduk bola menewaskan penjaga gol Negeri Sembilan FC, Firdaus Irman Fadhil

Gol yang dihasilkan Bergson juga merupakan gol ke-100 peribadi pemain import dari Brazil itu sejak menyertai skuad Harimau Selatan pada musim 2021.

Sentuhan berbisa Bergson terus menyerlah apabila mencetak gol kedua peribadi sekali lagi menerusi tandukan pada minit ke-11 selepas menerima bola sepakan percuma Muniz dan meletak skuad Harimau Selatan selesa dengan kedudukan 2-0 dan agregrat 5-0.

Muniz yang menjadi perancangan utama dua gol awal itu, turut mencipta gol ketiga buat skuad Harimau Selatan pada minit ke-29 selepas bola sepakan percuma dari jarak 25 meter tepat ke penjuru kiri gawang menewaskan Firdaus Irman.

Serang balas skuad kendalian K Devan pada minit ke-39 berjaya menghasilkan jaringan berpunca daripada bola gerakan Mahali Jasuli di posisi sayap kiri bertindak pantas mengumpan bola kepada Zamri Pin Ramli yang tidak menunggu lama apabila merembat bola kencang menewaskan Farizal walaupun sudut gawang gol begitu sempit.

Bersambung babak kedua, Solari memasukkan Fernando Forestierim Diogo Luis Santo dan Arif Aiman Hanapi bagi menguatkan barisan serangan dan kelibat ketiga-tiga pemain itu mengundang tekanan buat benteng skuad Hobin Jang Hobin yang mula beraksi secara berkampung di kawasan sendiri.

Namun usaha untuk menambah jaringan tampak sukar selepas beberapa gerakan oleh Forestieri dan Diogo sukar melepasi benteng pasukan pelawat yang beraksi secara kompak di posisi pertahanan.

Walaupun JDT menghasilkan gol pada minit ke-78 selepas bola rembatan Arif Aiman ditampan Diogo tapi jaringan itu dibatalkan selepas pemain impiort dari Brazil itu berada di dalam posisi ofsaid

Forestieri kembali menemui sentuhan penyudah selepas berehat panjang akibat kecederaan apabila menyudahkan bola umpanan Diogo bagi menewaskan penjaga gol gantian, Sikh Izhan Sikh Azman pada minit akhir permaiinan untuk memastikan kemenangan 4-1 memihak JDT

Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ya-ke-separuh-akhir

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 08:19 AM GMT+8 , Processed in 1.291224 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list