View: 1606|Reply: 6
|
[Jenayah]
Terjumpa Nak Bawak Balik, Ingatkan Kucing Tapi Rupanya Harimau!
[Copy link]
|
|
Gambar hiasan.
Seorang wanita di Siberia tidak menyangka anak haiwan berbulu disangka kucing ditemui terbiar beberapa tahun lalu, akhirnya membesar sebagai harimau kumbang, lapor The Sun.
Wanita tersebut, Venza pada asalnya membawa pulang haiwan itu ke rumahnya dan membuat keputusan untuk membelanya serta menamakannya sebagai Luna.
Makhluk comel disangka kucing itu diberikan tempat perlindungan yang selamat, makan minum, selain dijaga dengan baik hingga membesar dengan cepat.
Malah Luna juga turut ‘berkawan’ dengan anjing peliharaan Venza di bawah bumbung yang sama.
Namun teka-teki selama ini akhirnya terjawab apabila Luna yang disangka anak kucing itu rupa-rupanya adalah harimau kumbang hitam yang ditinggalkan ibunya di zoo.
Walaupun terkejut dengan identiti sebenar Luna, Venza tidak ‘berundur’ malah sanggup menyahut cabaran untuk terus membela harimau kumbang tersebut.
Difahamkan, Venza mempunyai pengalaman dalam membela kucing yang besar daripada saiz normal dan mengambil keputusan untuk menjadikan Luna sebagai haiwan peliharaannya walaupun ia adalah pemangsa yang ganas.
“Luna telah bersama saya sejak hari kelapan selepas kelahirannya.
“Dia telah melalui banyak ujian dan masih mempunyai beberapa masalah kesihatan, tetapi dalam beberapa tahun kemugkinan semua masalah kesihatannya akan hilang,” ujarnya.
Walaupun beratnya sekitar 120 paun dan mempunyai gigi yang tajam, Luna cukup penyayang, di mana dia sering berpelukan dengan pemiliknya.
Baru-baru ini, kucing besar itu telah dirakamkan berkeliaran di padang rumput dan bermain salji di Siberia, tempat dia tinggal.
Spesis keluarga kucing bermata besar itu juga dirakamkan sedang mandi dengan kawannya, iaitu anjing Venza.
Haiwan peliharaan yang ‘tidak biasa’ itu telah menarik perhatian warga maya, yang terkejut melihat betapa jinaknya harimau kumbang tersebut bersama manusia.
“Video yang cantik. Pemilik dan kucing mesti mempunyai keserasian yang luar biasa,” kata warga maya.
“Cinta dan kebaikan boleh mengubah apa-apa keadaan menjadi ikatan keluarga!” kata individu yang melihat video itu.
Sementara itu, sebuah keluarga di Rusia pula menjadi viral selepas membela beruang Grizzly yatim piatu yang membesar menjadi binatang peliharaan seberat 300 paun.
Beruang itu ditemui bersendirian dan berada dalam keadaan tidak sihat, oleh sebab itu ahli keluarga, Svetlana dan Yuriy memutuskan untuk memberinya tempat perlindungan.
Stepan, beruang Grizzly gemar bermain catur dan berswafoto dengan rakan-rakan manusianya selepas menjadi anak angkat kepada mereka.
|
|
|
|
|
|
|
|
Harimau dan harimau kumbang itam dua menatang yg berbeza, TT |
|
|
|
|
|
|
|
cantik besar mata dia si wakanda ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Waris.jari hantu.versi wakanda |
|
|
|
|
|
|
|
Cerita ni tak betul...rekaan je
LUNA ni dari zoo...bukan jumpa kat tepi jalan...Rusia sana mana ada rimau kumbang liar |
|
|
|
|
|
|
| |
|