CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4539|Reply: 0

TSG idam podium di laman sendiri

[Copy link]
Post time 23-9-2023 01:39 PM | Show all posts |Read mode


NASIRUDDIN (kiri) bercakap sesuatu kepada barisan pelumba berbasikal TSG menjelang perlumbaan LTdL 2023 yang membuka tirai rasmi dari Kerteh ke Kuala Terengganu hari ini. – AMIR KHALID

DEBARAN perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 kini bermula apabila seramai 131 pelumba membabitkan 22 pasukan telah bersedia untuk membuktikan siapa lebih handal bagi menyarung jersi Hijau Petronas selaku pendahulu keseluruhan perlumbaan berstatus ProSeries tersebut.

Perlumbaan jelajah terulung Asia itu akan meliputi lapan pe­ringkat dengan jarak sejauh 1,278.1 kilometer (km) dengan menelusuri 11 negeri di Semenanjung bermula hari ini dan berakhir pada 30 September nanti.

Pastinya, saingan kali ini lebih menarik apabila perlumbaan tersebut buat julung-julung kalinya menjadikan Terengganu sebagai destinasi pertama aksi pembuka tirai perlumbaan edisi ke-27 yang berlangsung dari Kerteh hingga ke Kuala Terengganu dengan meliputi jarak 187.4km hari ini.

Pasukan berstatus No.1 Asia, Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) yang berpangkalan di negeri Pantai Timur itu tidak sabar untuk menggegar perlumbaan tersebut selain meletakkan misi untuk menyambar podium di laman sendiri selain mempertahankan gelaran ‘Raja Bukit’.

Ketua Pegawai Operasi TSG, Nasiruddin Wan Idrus berkata, sejak penganjuran 1996, ini kali pertama Terengganu ditawarkan untuk menganjur perlumbaan Peringkat 1, sekali gus berharap pasukan itu mampu melakar sejarah menaiki podium di laman sendiri.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Terengganu kerana membawa semula LTdL ke Terengganu selepas sekian lama. Ia juga ada kaitan dengan TSG kerana desakkan kami mahu kembalikan LTdL ke Terengganu.

“Sasaran kami pada LTdL kali ini adalah untuk mempertahankan gelaran jersi Merah atau Raja Bukit yang dimenangi Nur Aiman Zarif atau pelumba terbaik Asia milik Jambaljamts Sainbayar yang dimenangi tahun lalu.

“Pastinya kami mahu me­lakukan terbaik kerana sejak penubuhan TSG pada 2011, kami tidak pernah menang di Terengganu walaupun podium tempat ketiga.

“Jadi, kita mahu pecah tradisi tersebut dan lakukan sehabis baik pada perlumbaan peringkat pembukaan ini. Tugas untuk mencipta kemenangan di Terengganu ini tidak tertumpu kepada seorang pelumba tetapi tugas semua pelumba.

“Tidak kiralah pelumba import atau pelumba kita sendiri. Janji kita mahu pasukan TSG berada di atas podium. Tetapi jika ada anak tempatan di podium merupakan detik lebih manis,” ujarnya.

Sementara itu, penyandang jersi merah, Raja Bukit LTdL, Nur Aiman Za­riff berharap dapat melakukan terbaik pada perlumbaan pembukaan di laman sendiri biarpun sedar akan berdepan tentangan sengit.

“Matlamat saya adalah untuk berusaha ke hadapan dan menamatkan saingan di podium pada peringkat pertama. Saya akan berusaha sedaya upaya.

“Ia amat bermakna untuk berada di podium di negeri kami sendiri dan lebih baik jika saya boleh memakai jersi Hijau selepas peringkat pertama.

“Sudah tentu saya juga ingin mempertahankan jersi Merah walaupun saya tahu ia bukan mudah. Saya perlu mengambil sebanyak mungkin mata pada peringkat awal ini untuk kekal mempertahankan jersi Raja Bukit,” kata Aiman.

Aiman, 25, menjadi rakyat Malaysia pertama memenangi Jersi Merah LTdL pada 2020 dan berjaya mempertahankannya tahun lalu.

Perlumbaan Peringkat 1 yang berlangsung hari ini akan melibatkan dua zon pendakian kate­gori empat di Jerangau dan Sekayu. Selain itu, para pelumba turut disajikan tiga zon pecutan iaitu di Dungun, Ajil dan Tok Jamal.
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... m-di-laman-sendiri/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.048794 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list