View: 5192|Reply: 0
|
[Pulau Pinang]
'Ini cerita lama dan ia tidak benar' - Ketua Menteri Pulau Pinang
[Copy link]
|
|
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/BHKONYEOW_1695445258.jpg)
KON Yeow. FOTO arkib NSTP
Georgetown: Mesej palsu mengaitkan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berhubung isu pemberian kad pengenalan (MyKad) kepada warga asing kembali tular di media sosial sejak semalam.
Kon Yeow yang juga Exco Kewangan, Pembangunan Ekonomi, Tanah dan Komunikasi Pulau Pinang mengambil maklum penyebaran mesej itu dan menyifatkannya sebagai isu kitar semula.
"Kami sudah pernah memberi penjelasan. Ini cerita lama dan ia tidak benar. Saya tahu apa yang saya cakap dan tahu apa yang saya tidak cakap.
"Saya agak ini bahan kitar semula," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Konvensyen Ahli Farmasi Pulau Pinang 2023 di Pusat Konvensyen Setia SPICE dekat sini, hari ini.
Terdahulu tular di platform TikTok kenyataan yang didakwa memetik Kon Yeow sebagai berkata: "Pemberian kad pengenalan kepada warga China dan Hong Kong adalah kuasa kerajaan negeri, kerajaan pusat tidak berhak untuk campur tangan."
Kon Yeow berkata beliau tidak bercadang membuat laporan polis atau mengambil tindakan undang-undang berhubung penyebaran kenyataan palsu kerana tidak mahu membuang masa banyak pihak.
"Jangan buang masa. Biarlah kalau nak viral (tular) saya tak kisah pun," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... enteri-pulau-pinang |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|